KASIH JANGAN PERGI (PART 4)









ASSALAMUALAIKUM, TERLEBIH DAHULU DEN NAK MINTA MAAF PASAI LAMBAT UPDATE N3 huhu :) jemput baca :)





ELFIRA melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya. Dari masa mereka menjejakkan kaki ke restoran itu sampailah sekarang Afif masih juga berkeadaan begitu. Diam membisu. Dia mula merasa bosan. Kadang-kadang dia rasa Afif sengaja ingin menguji kesabarannya. Air yang dipesan Afif juga tidak luak walaupun sedikit. Haih! Dia sudah ketandusan kata-katanya.


Dia menarik tangan Afif. Digenggamnya lembut. Namun dia merasa hairan apabila Afif menarik tangan dari genggamannya itu. Dia sudah mula tidak sedap hati. Apakah Afif sudah mula jatuh cinta pada wanita lain? Apakah Ariana gadis itu? Ah! Kalau benarlah Afif jatuh cinta, biarlah pada wanita lain. Kerana dia tidak akan sesekali menyerah kalah pada gadis tomboi seperti Ariana itu. Huh!

“Awak kenapa? Dah dekat satu jam kita dekat sini. Tapi awak masih juga tidak bersuara. Afif, what wrong with you? Tell me. Saya rindu nak dengar suara awak,” rayu Elfira seraya mencari tangan Afif. Setelah itu dia menggenggam erat jemari lelaki itu. Biar apa nak jadi pun jadilah. Kerana apa yang dia tahu kini dia sangat merindui lelaki itu.



“Natalie Elfira tolonglah jangan pegang tangan saya macam ni. Tak manis orang tengok,” tegur Afif perlahan.

“Boleh pun awak bersuara. Ingatkan dah bisu,” sinis Elfira. Hatinya merasa sakit apabila lelaki itu menegur akan perbuatannya tadi.

Afif hanya mengeluh. Air teh o’ ais yang telah cair itu disedutnya perlahan. Entah mengapa hatinya sarat merindui Ariana. Sedangkan baru satu jam mereka berpisah. Ah! Rindu benar aku pada Ary.

“Afif! Awak dengar ke tak ni?” Afif tersentak saat Elfira menepuk kuat tangannya. Adui! Ni lagi satu masalah. Huh!

“Awak kenapa Fira? Apa yang awak nak? Awak tak puas hati apa dengan saya?” tanya Afif acuh tak acuh saja. Sejujurnya hatinya mulai bosan dengan sikap Elfira yang asyik inginkan perhatian 24 jam. Rimas weh!

“Kenapa awak tanya? Berpuluh-puluh kali saya telefon. Berpuluh-puluh kali saya mesej ada awak balas? Heh! Satu pun awak tak balas. Entah apa yang sibuk sangat pun tak tahulah,” sinis Elfira seraya berpeluk tubuh. Geram hatinya tika ini. Afif seakan-akan tidak berminat akan perhubungan mereka lagi. Namun dia tidak akan sesekali melepaskan lelaki itu kerana hatinya terlanjur menyintai lelaki itu.

“Saya minta maaf. Tapi mood saya beberapa hari ni agak down. Maafkan saya,” pinta Afif masih bernada lembut. Ikutkan hatinya malas mahu memanjangkan cerita. Lebih baik dia berkata benar dari menyakiti hati gadis itu.

“Awak tahu tak saya sakit hati? Awak sentiasa lebihkan perhatian awak pada Ary. Siapa saya di sisi awak Afif? Dan… siapa Ary di hati awak? Kenapa awak macam tak pedulikan saya bila awak bersama Ary? Kenapa Afif? Apakah Ary lebih penting bagi awak?”

Afif membuang pandang ke arah orang yang keluar masuk restoran. Sedikit pun dia tidak terniat untuk menjawab pertanyaan itu. Sudah bosan bila perkara sama yang dibangkitkan.

“Afif, kenapa awak diam?”

Senyap.

Elfira teringat perbualannya bersama Afif pada sebulan yang lepas. Dimana ketika itu dia dan Afif bertengkar kerana perkara yang sama. Kerana Ariana!

“Kenapa saya tengok awak nampak gembira bila dengan Ary? Kenapa awak tak boleh nak senyum macam mana awak senyum waktu awak dengan saya? Kenapa Afif? Siapa Ary sebenarnya dalam hati awak? Kenapa awak selalu lebihkan dia dari saya? Apa kurangnya saya?”

Afif sudah buat muka bosan. Sambil menanggalkan cermin mata hitamnya dia merenung wajah Elfira.

“Fira tolonglah! Awak terlalu cemburu. Saya tahu bezakan kawan dan juga kekasih. Ary kawan saya, manakala awak kekasih saya. Berapa kali saya nak terangkan supaya awak faham? Saya dah bosan bila perkara sama  di ungkitkan,” bentak Afif geram. Dia merasa suhu kemarahan naik 200 darjah celcius. Serius rasa bengang sangat. Huh!

Elfira tersentak dari lamunan saat tangannya ditepuk lembut. Sekilas dia memandang pada wajah Afif yang  berkerut merenungnya.

“Awak okey?” tanya Afif. Elfira segera menggangguk kepala lantas tersenyum menandakan dia benar-benar tidak apa-apa.


NICKHUN merenung Ariana tidak berkelip hingga membuatkan gadis itu tak keruan jadinya.  Ariana bersungut di dalam hati. Jika di ikutkan hati kirim salam sajalah dia ingin menerima pelawaan jejaka itu untuk menjamu selera. Huh! Muka nampak macho tapi tenung orang macam nak tersembul keluar biji mata. Heh! Rimas!

“Awak ni teringin nak jadi Kassim Selamat ke apa?” sinis Ariana bertanya.

“Ha? Apa dia awak cakap?” Ariana memutarkan bebola matanya. Serius dia geram dengan jejaka di hadapannya itu.

“Saya tanya awak tu teringin sangat ke nak jadi Kassim Selamat?” Nickhun sudah menayangkan wajah blurr.

Ariana menahan senyum. Kelakar betul tengok muka Nickhun itu. Rasa ingin saja dia merakam wajah blurr lelaki itu. Kelakar kot.

“Err… apa maksud awak? Siapa Kassim Selamat tu? Kekasih awak ke? Suami?” Ariana menghamburkan tawa mendengar soalan Nickhun. Hailah mamat ni takkan cerita Ibu Mertuaku yang popular tu tak tahu? Oppss! Lupa dia manalah nak layan cerita Melayu ni. Yang dia layan cerita Thailand je. Hu hu…

Why are you laughing? What is so funny girl?”

Ariana menutup mulut saat melihat wajah Nickhun yang agak keliru itu. Alahai kesianlah pula.

“Bukanlah Nick. Kassim Selamat tu err… nama watak arwahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam cerita Ibu Mertuaku. Best tahu cerita tu. If awak tengok mesti awak akan sukakannya. Betul ni saya tak tipu. Eh, Nick boleh tak kalau saya nak bahasakan diri sebagai aku-kau je. Pada aku lebih mesra kalau macam tu. Kalau aku guna ayat saya-awak ni meremang la bulu tengkok,” ujar Ariana selamba. Di hujung katanya dia tersengih lebar. Nickhun turut ketawa dengan sikap selamba Ariana.

Anything for you. Dah siap makan? Jom saya hantar awak balik bengkel. Lambat nanti tak pasal-pasal awak kena marah.” Ariana menggangguk kepala lantas bangun sementara Nikchun pula mengatur langkah ke kaunter untuk membuat pembayaran.

                        
NICKHUN membuka jendela seluas-luasnya. Entah mengapa hatinya disapa rindu pada gadis yang baru sahaja seminggu dikenalinya. Ariana aura awak terlalu kuat. Awak sempoi, selamba, perangai main lepas je. Tapi… aku tetap suka. Oh ya lupa pula. Aku nak pergi carilah cd yang Ariana cakap tu. Tapi… apa tajuknya ya? Lupa pula. Mertuaku Mertuamu jua? Eh bukan. Tergeleng-geleng kepalanya untuk mengingati tajuk cerita yang diberitahu Ariana itu.





Segera dia mengatur langkah laju. Telefon jenama Samsung A7 itu dicapai. Lalu dia mencari nombor Ariana. Keypard ditekan dengan perasaan tidak sabar. Haih! Kenapa dengan aku ni?

Ary, hari tu awak ada ckp tentang satu filem yang ada tajuk mertua. Apa tajuknya ya?

Nickhun menanti dengan penuh sabar. Mana pula Ary ni? Lambat pula. Sibuk ke? Hatinya bermonolog sendiri.

Ariana yang sedang membasuh tangan di singki itu agak terkejut apabila melihat nama Nickhun tertera di skrin telefonnya. Setelah mengeringkan tangan dengan tuala yang bersangkut dibahunya dia membuka mesej yang dikirim Nickhun. Dia cuba menahan senyum yang hendak terukir. Kelakar betul. Mesej aku sebab nak tanya tajuk filem je? Ha ha…

Tanpa membuang masa dia membalas mesej tersebut.

Tajuknya Ibu Mertuaku. Jgn tersalah tajuk pula. Kenapa kau nak beli ke?

Nikchun tersenyum lebar saat sms yang dinanti dibalas. Dengan kadar segera juga dia membaca dan membalas sms itu.

Ha’ah. Saya rasa macam teringin pula nak tengok cerita tu. Mcm best. Awak sibuk ke? Kalau tak sibuk boleh tak temankan saya pergi beli. Sekejap je. Saya janji.

Ariana menjeling sekilas jam di tangan. Setelah itu dia mendail nombor Nikchun. Malas mahu menaip. Lambat! Dia tersenyum saat mendengar suara ceria di hujung talian.

“Assalamualaikum Ariana,” sapa Nickhun sambil memanggil nama penuh gadis itu.

“Err… waaalaikumussalam. Kau apahal suka sangat panggil nama penuh aku? Janggal gila derr.”

Nickhun ketawa kecil. Sungguh dia merindui gadis itu.  Mendengar suara saja dia sudah ketawa. Apatah lagi berhadapan dengan gadis itu. Tidak kering gusi dibuatnya. Dia sedikit hairan dengan dirinya. Apabila berjauhan pasti dia akan merindui gadis itu. Cintakah dia pada gadis tomboi itu? Entah, dia sendiri tiada jawapannya.

“Saya suka dengan nama Ariana tu. Sesuai dengan awak. Cantik nama tu. Pandai ayah awak pilihkan. Heee…”

Ariana tersenyum senget mendengar bicara Nickhun itu. Biarpun baru mengenali lelaki itu namun dia tidak pernah merasa kekok saat berbual bersama. Malah dia banyak bercerita mengenai dirinya pada lelaki itu berbanding Afif. Entahlah tapi dia mula merasa selesa dengan lelaki itu. Selesa berkawan je la okey! Bukannya untuk menjadi pasangan. Kerana hingga kini dia masih menanti Afif. Biarpun dia tahu tidak mungkin dia bersama Afif kerana sahabatnya sudah di’booking’. Ceh, ayat hiperbola benar kau Ariana oi.

“Macam ni. Dalam pukul 5 aku balik rumah dulu. Mandi, tukar pakaian bagai. Lepas tu aku call kau. Then datanglah ambil aku di rumah ya,” putus Ariana setelah lama berdiam diri.

“Baiklah princess. Terima kasih awak. Sebab sudi nak teman saya.”
Ariana memutarkan bebola mata ke atas. Setelah memberi salam dia menamatkan panggilan. Bibir tidak lekang dengan senyuman. Saat berpaling ke belakang dia kaget. Bulat matanya melihat wajah Afif yang bengis itu. Afif merenungnya tajam hingga membuatkan dia tidak selesa. Dia menelan liur. Entah mengapa hatinya berdebar semacam. Dia menelan liur yang terasa berpasir. Dia mengatur langkah untuk berlalu pergi. Namun langkahnya terhenti saat Afif mendepangkan tangan menghalang laluannya. Dia melepaskan keluhan berat.

‘Dah kenapa Afif ni? Marah dengan aku ke?’ bisik hati Ariana.

“Err… kau ke… kenapa Afif?” tanya Ariana sedikit gugup.

Diam.

Ariana mati kata saat jejaka itu mempamerkan wajah tidak beriaknya. Dia tersenyum seraya mengerdipkan mata beberapa kali. Di dalam hati dia berharap agar lelaki itu cair melihat tingkahnya. Afif menahan senyum yang nak terukir. Serius comel sangat wajah gadis itu. Siap kerdip mata lagi.

“Ariana sayang, sayang borak dengan siapa tadi?” Bulat mata Ariana apabila Afif sudah masuk mood jiwang. Terasa meremang bulu tengkuknya saat Afif sudah mula bersayang-sayang bagai.

“Err… tak ada kaitan dengan kau kot.” Ariana menggigit bibir. Haih! Kenapa mulut aku ni? Lain nak cakap lain pula yang keluar.

Afif tersentap saat mendengar nada Ariana itu.

“Tak penting ke aku pada kau Ary? Aku cu… cuma nak tahu dengan siapa kau berbual. Please Ary. Aku rasa kau macam dah berubah. Se… sebab dia kan?”

Ariana menggaru kepala yang tiba-tiba gatal. Dah kenapa pula Afif ni nak sentap bagai? Haih! Takkan dia cemburu kot? Tapi mana mungkin dia cemburu dengan aku. Ah! Berangan sajalah kalau dengan kau Ariana oi. Kejap. Tadi Afif kata aku dah berubah? Dia? Siapa?

“Berubah? Maksud kau apa? Dia? Siapa Afif? Cuba kau cakap terus terang dengan aku. Aku tak faham maksud kau,” ujar Ariana lantas dia duduk di sofa yang ada di situ. Rehatlah kejap. Lagipun tak ada kereta yang memerlukan khitmatnya sekarang. Afif turut mengatur langkah lantas duduk di sebelahnya.

“Ala takkan tak faham kot. Atau buat-buat tak faham?” penuh sinikal Afif membalas pertanyaan Ariana. Dia menjeling Ariana dari hujung mata.

“Sumpah aku tak faham derrr. Cakaplah terus terang. Tak payah nak berkias bagai. Kau ni dari pagi tadi aku tengok asyik moody je. Kau bergaduh dengan Elfira ke?”

“Tak payah nak alih topik la Ary. Aku sekarang ni bercakap tentang kau,” kata Afif. Suaranya sedikit meninggi. Entah kenapa hatinya sedikit membara apabila mendengarkan nama Elfira. Melihat wajah cemberut Ariana cepat-cepat dia menggengam tangan Ariana. Namun dengan kadar segera juga gadis itu menepis tangannya.

Baru cakap sikit nak marah. Benci la. Aku benci kau Afif. Benci, benci, benci! Sumpah Ariana di dalam hati.

I’m sorry Ary. Aku tak sengaja tinggikan suara tadi. Aku tak ada niat nak marah kau. Maafkan aku ya,” pinta Afif seraya mendongakkan dagu Ariana agar memandang wajahnya.

“Kau tu kenapa? Asyik nak marah aku je. Apa salah aku?” Rajuk Ariana seraya menundukkan wajah. Airmata mula bergenang. Haih! Kau dah kenapa Ariana? Takkan benda kecil pun nak sentap?

Sorry sayang. Aku cu… cuma cemburu bila tengok kau bercakap mesra dengan lelaki lain. Entahlah. Aku takut kehilangan kau,” jujur Afif meluahkan rasa. Ariana kaget mendengar luahan itu. Ikhlaskah lelaki itu?

“Err… maaf ya kalau kau terasa.” Afif menggengam erat jemari Ariana. Hatinya sedikit lega apabila melihat senyuman yang terukir di bibir gadis kesayangannya itu.

Afif turut tersenyum manis. Mereka berkongsi rasa yang sama. Namun entah mengapa lidah bagaikan kelu untuk meluahkan perasaan masing-masing. Bagaikan ada sebongkah kayu yang menghalang agar diluahkan perasaan yang berbuku di hati itu.


“Cakaplah tadi kau berbual dengan siapa?” soal Afif dengan lembut.

“Err… dengan Nick. Dia nak suruh temankan beli cd.”

Afif menelan liur. Temankan beli cd? Takkan sebab itu saje kot?Argh! Kenapa aku rasa Nickhun ni macam sengaja je nak dekat dengan Ary? Dia melepaskan keluhan berat. Dia mengaduh tatkala bahunya ditumbuk. Spontan dia memanggung kepala.

“Kau kenapa? Ada masalah?”     


Segera Afif menggelengkan kepalanya. Dia cuba tersenyum. Namun dia tahu senyumannya itu tawar. Langsung tiada menariknya. Ah! Hatinya galau tatkala memikirkan Ariana. Dia khuatir andainya Nickhun berjaya memikat hati Ariana. Kusut! Hatinya tidak tenteram apabila memikirkan sebarang kemungkinan tersebut.