KESINAMBUNGAN EMIR & FAZLINDA PART 1


Part 1 (kesinambungan emir & fazlinda)


ASsalamualaikum…….. setelah cik writer fikir-fikir, rasa macam nak juga hilangkan rindu pada emir dan lysa. Eh… seharusnya lepaskan rindu pada emir dan isterinya la si fazlinda tu.


Apa yang ingin saya sampaikan ialah konflik di dalam kisah ini. Apa konfliknya? Kenalah baca baru tahu heee….. sorry if tak best or klise ke apa eh? Jom kita selami kisah emir yang begitu tulus mencintai dua wanita dalam hidupnya…. kisah seorang lelaki yang begitu setia dengan cinta. hu hu...
           









ELLYSA ZAHRA

“LYSA, jangan pergi. Jangan tinggalkan Mir. Jangan pergi. Emir cin… Emir cintakan Lysa.”
            “Abang, bangun bang. Abang.” Perlahan-lahan aku membukakan mata. Aku melilaukan mata mencari kelibat seseorang yang amat ku rindui. Namun hampa. Kelibat yang aku cari-cari tiada di situ. Aku meraup wajah yang sedikit kusut.
“Abang mimpikan Lysa lagi?” soal Fazlinda dengan lembut. Entah mengapa rasa kesal menguasai diriku. Kesal kerana membiarkan diri dibayangi kisah silam bersama Ellysa. Sedangkan kini aku sudahpun bergelar suami pada Fazlinda.
Namun bukan mudah untuk aku mengikiskan kenangan singkat antara kami. Terlalu sukar untukku membuang kenangan bersama Lysa. Aku tahu… bahawa Fazlinda terluka akan sikapku. Tetapi aku sendiri sukar untuk membuang jauh cinta Lysa yang kukuh di hati ini. Lin… maafkan abang.
“Ma… maafkan abang sayang. Abang masih cintakan Lysa,” ujarku perlahan. Cukup perlahan.
Fazlinda menenangkanku. Dia memeluk erat tubuhku. Dapat aku rasai tubuhnya yang terenjut-enjut. Aku tahu bahawa aku telah melukakan hatinya. Namun apa yang boleh aku lakukan? Kerana cintaku pada Ellysa terlalu kejap di hati ini. Terlalu sukar untukku membuangnya.
“Lin yang salah. Lin tak patut terima abang. Lin tak nak rampas cinta abang pada Lysa. Lin tak patut menerima kasih abang.” Sentap! Aku benar-benar tergamam saat mendengar kata-kata Fazlinda.
Aku meleraikan pelukan. Pantas aku menyeka airmata di pipinya. Aku mencium ubun-ubunnya. Pantas tangannya aku raih, Lalu aku genggam erat. Aku membawa tangannya ke bibir, lantas aku mencium tangan yang selama ini membelaiku, memasak buatku dan tangan itu juga yang menyediakan segala kelengkapan buatku. Argh! Betapa kejamnya aku kerana telah mengabaikan dia selama ini.
“Abang minta maaf. Sayang tak salah. Benar… Lysa sudah tiada. Tapi… cinta dalam hati abang tetap utuh buatnya. Dan abang sedar bahawa sayang adalah selayaknya menerima cinta abang. Tapi… abang perlukan masa. Sayang faham bukan?”
Fazlinda hanya berdiam tanpa suara. Aku tahu jauh di sudut hatinya, dia tidak mahu aku terus hanyut dengan kenangan lalu.
“Abang janji akan sayangkan sayang sepenuh ha…” belum pun habis ayatku Fazlinda menutup bibirku dengan jemarinya. Segera dia menggeleng kepala.
“Jangan berjanji bang. Lin takut abang mungkiri janji. Dah banyak kali abang cakap tak mahu sakitkan hati Lin. Tapi… abang tetap juga melakukannya. Setiap kali abang sebutkan nama Lysa… setiap kali itu jugalah hati Lin rasa seperti disiat dengan belati tajam. Sakit sangat bang. Lin tahu Lysa dah takde. Tapi sampai bila abang nak meratap pemergiannya?
Lin perlukan abang. Perlukan belaian kasih dan juga sayang dari abang. Elfira juga rindukan belaian papanya. Dah lama abang tak luangkan masa bersama El. Abang sedar ke tidak? El perlukan abang. Kalau abang tak sayangkan Lin, tak apa. Tapi tolonglah… sayangi El. Dia anak abang juga. Bukannya anak Lin seorang.
Bukannya Lin tak faham abang. Tapi Lin takut. Takut kehilangan abang. Lin tak mahu abang terus dibayangi kisah silam. Lysa dah takde bang. Sebaiknya abang luangkan masa dengan Lin, dengan El. We need you,” luah Fazlinda panjang lebar. Aku melepaskan keluhan berat. Fazlinda menarik tangannya lantas membaringkan tubuh membelakangiku.
Kusut! Fikiranku sangat kusut. Antara cintaku pada Lin dan juga kenanganku bersama Lysa, kedua-duanya sangat memberi impak yang besar pada kehidupanku. Namun aku tahu bahawa aku harus melepaskan salah satunya dari hidupku. Kini barulah aku sedari, bahawa aku sudah mengabaikan anak dan isteriku selama ini. Ya ALLAH, betapa berdosanya aku pada isteri dan anakku selama ini.
Aku turut membaringkan tubuh. Aku merapatkan kedudukanku dan Fazlinda. Lalu aku melingkarkan tangan di pinggangnya. Namun aku tersentak saat Fazlinda menolak lembut tanganku. Tahulah aku kini, Fazlinda benar-benar terluka akan sikapku.
“Maafkan abang. Tapi abang perlukan sayang. Abang mahu sayang bantu abang. Bantu abang untuk me… melepaskan kenangan lalu. Bantu abang sayang. Abang tak kuat,” ujarku lantas menarik tubuhnya dekat denganku.
Perlahan-lahan Fazlinda mengalihkan tubuh. Matanya berkaca. Lekas saja aku mengesat airmata yang mengalir di pipinya. Aku mencium ubun-ubunnya. Lantas aku memeluk tubuhnya erat.
I love you abang. Lin takut kehilangan abang. Lin tak mahu kehilangan. Lin terlalu cintakan abang. Apakah Lin terlalu tamak? Kerana menagih kasih dan juga sayang dari abang?” kedengaran sendu suara isteriku itu. Tanpa menjawab soalannya aku mengucup lembut bibirnya itu.
“Abang sayangkan sayang. Abangkan El. Abang perlukan sayang. Dan abang harap sayang tak tinggalkan abang macam mana Lysa tinggalkan abang. Abang akan cuba melepaskan Lysa dari hidup abang.” Usai berkata aku mengucup kedua-dua mata, hidung dan setelah itu aku mengucup lembut bibirnya.
Lysa… biarpun Emir sudah berkahwin, nama Lysa akan tetap terpahat dalam hati Emir. I love you sayang. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup Emir. Terima kasih juga kerana mengajar Emir erti cinta, bisik hatiku lembut.

MACAM mana abang boleh kenal dengan Lysa?” Aku terpana demi sahaja mendengar soalan yang terpacul dari bibir Fazlinda. Lama mataku berhenti di wajahnya.
“Kenapa tiba-tiba soal tentang Lysa? Bukan ke sayang ingin abang lupakan Lysa?”
“Memanglah. Tapi Lin ingin tahu juga bagaimana perkenalan abang dan Lysa. Kalau abang tak mahu cerita tak apalah. Lin faham.”
Aku tersenyum mendengar nada suaranya yang lirih. Sengaja aku tidak mahu menceritakan padanya. Kerana hatiku masih belum mampu untuk melupakan kenangan itu. Ya! Kenangan di saat pertemuan dan juga perkenalanku dan juga Lysa. Biarlah. Aku tidak mahu mengungkitnya lagi kerana aku mahu menjaga hati Lin. Kerana dia isteri yang seharusnya aku jaga hati dan perasaannya.
“Papa, nak makan aiskrim boleh?” rengek Elfira seraya menarik-narik tanganku.
Bingkas aku bangkit lalu aku mendukung tubuh kecil molek Elfira. Usai saja membeli aiskrim aku kembali melabuhkan duduk di sisi isteriku.
“Sayang menungkan apa?” sapaku apabila melihat Fazlinda yang seakan berkhayal itu.
“Tak… tak ada apa. Rindu dekat Fairuz. Abang rasa apa khabar agaknya Adam dan Fairuz?”
“Erm… mesti sihat. Kan ke si Ruz tu mengandungkan anak kembar. Mesti si Am tu tak sabar nak timang anak sulung kan? Kembar pula tu,” ujarku seraya melilau mata melihat tingkah Elfira yang sedang asyik bermain di taman permainan itu. Wajahnya tampak ceria sekali. Alangkah bagusnya jika kehidupanku juga seperti El. Langsung tiada masalah.
Fazlinda ketawa kecil. Aku mengambil kesempatan itu untuk merenung wajahnya. Cantik! Hanya itu yang terlintas di hatiku. Namun… aku tak tahu kenapa. Hati ini terlalu sukar untuk melepaskan Lysa.
Emir… kau tak seharusnya begini. Kau harus meneruskan hidup. Berikan Fazlinda ruang di dalam hati kau. Lysa sudah tiada. Tak seharusnya kau mengingati orang yang telah tiada.
Tanpa sedar aku melepaskan keluhan berat.
“Abang okey ke?” Aku memanggungkan kepala memandang Fazlinda. Aku memaksa bibir untuk tersenyum. Namun aku tahu senyumanku hambar. Tapi aku juga tidak mahu dia risaukanku. Haih! Sukarnya hidup ini kan? Saat kita menyayangi seseorang, ALLAH mengambil orang yang kita sayangi itu. Namun aku tahu bahawa ini semua ada hikmahnya.
ALLAH lebih sayangkan Lysa. Aku harus redha pemergiannya itu. Ya! Aku harus rela untuk melepaskan Lysa dari hidupku. Pada-MU ya ALLAH, aku pohon cucurilah rahmat-MU ke atas insan yang sangat aku cintai. Tempatkan la Ellysa Zahra di samping insan yang beriman. Aamiin.
Sedang asyik aku merenung wajah Fazlinda tiba-tiba seorang kanak-kanak memeluk lututku. Aku merenung wajah kanak-kanak lelaki yang kelihatan sebaya dengan Elfira itu. Aku tersenyum pada kanak-kanak tersebut.
“Irfan, mari sini. Maaf ya encik. Anak saya ni pantang jumpa lelaki dewasa. Pasti anak saya akan memeluk lelaki itu. Ayahnya sudah meninggal. Jadi sebab itulah dia jadi begini,” celoteh ibu muda itu. Pantas wanita itu memengang tangan anaknya.
Zas! Suara ini. Wajah ni. Mengapa di saat aku ingin melupakannya, dia muncul di depanku? Lysa, Emir rindukan Lysa.
“Macam kenal je. You ni Radin Emir ke?” Bagai burung belatuk aku menganggukkan kepala pantas.
“Emylin. What are doing here?” soalku perlahan. Suaraku bergetar. Sesungguhnya wajah Emylin saling tidak tumpah seperti Ellysa. Ya ALLAH apakah maknanya semua ini?
“Papa, jomlah balik. El dah puas main kat sini.” Aku tersentak dari lamunan saat mendengar rengekan manja Elfira. Pantas aku mendukungnya, lantas aku mencapai tangan Fazlinda yang kelihatan agak terkejut itu.
“I bawa anak I main kat taman ni. Eh ni wife you ke? Tak mahu kenalkan pada I ke?” Aku tersenyum kelat. Belum pun sempat aku memperkenalkan Fazlinda pada Emylin, Fazlinda terlebih dahulu bersuara.
“Saya Lin. Fazlinda, isteri Emir. Awak siapa ya? Macam pernah nampak wajah awak sebelum ni.”
Gurlp! Air liur yang ditelan terasa bagaikan pasir saja. Aku tahu pasti Fazlinda dapat membaca fikiranku ini. Kerana aku sering kali menunjukkan potret Ellysa sebelum ini.
“Oh, I kawan Emir. Nama I Emylin. Kita tak pernah kenal pun sebelum ni. Okeylah, Emir, Fazlinda I pergi dulu. Assalamualaikum.” Fuh! Aku menghembuskan nafas lega. Mujurlah Emylin angkat kaki meninggalkan kami. Aku dah rasa macam nak tercekik je ni. Perasaan risau mencengkam sanubariku saat melihat wajah cemberut Fazlinda.
Aduh! Aku tahu bahawa Fazlinda sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Bagaimana ingin aku memujuknya? Aku bukanlah handal dalam bab pujuk memujuk ni. Kalau Lysa yang merajuk tu tahulah bagaimana ingin aku memujuknya. Ah! Emir, tak sudah-sudah nama Lysa yang kau fikirkan. Lin tu isteri kau. Jangan abaikan perasaannya.
“Sayang ada nak ke mana-mana ke lepas ni? Nak makan ke apa? Beli novel ke?” soalku setelah lama berdiam tanpa suara.
Hatiku walang saat Fazlinda sekadar menggeleng sebagai jawapan. Adam, tolong aku. Aku tak tahu macam mana nak pujuk Lin ni ha.
“Sayang tak lapar ke? Abang lapar sangat ni. Kita makan dulu eh?” pujukku dengan lembut. Fazlinda sekadar menjungkitkan bahunya. Parah la aku macam ni. Habis modal nak pujuk dia. Degil juga bini aku ni.

RADIN EMIR



Sepanjang perjalanan pulang, Fazlinda hanya diam tak berkutik. Aku yang sedang memandu sudah keresahan. Tak tenang aku dibuatnya dengan kebisuan si isteri. Haih! Hati di dalam dah terasa macam nak meletup. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan. Sesungguhnya aku buntu. Tidak tahu cara untuk memujuk Fazlinda kerana dia jarang mempamerkan reaksi tidak puas hatinya. Arghh! Tekanannya macam ni.
“Sayang… kenapa diam saja ni? Kita pergi makan dulu ya. Abang betul-betul lapar sangat ni,” pujuk aku untuk kesekian kalinya. Namun dia hanya diam seribu bahasa.
“Sayang.”
Senyap.
“Sayang…”
“Siapa Emylin dalam hidup abang? Wajah dia saling tak tumpah macam wajah Lysa… siapa dia abang?” tanya Fazlinda setelah lama berdiam diri. Aku bungkam. Tak tahu harus jawab bagaimana.
Liur ku telan perlahan. Sedang ligat otakku berfikir tiba-tiba radio yang sedari tadi senyap kedengaran di dalam kereta. Oh! Rupanya Fazlinda yang hidupkan radio tu. Aku memandang wajah Fazlinda dengan ekor mata. Belum sempat aku menjawab pertanyaannya sekali lagi bibirku seakan-akan digam dengan gam UHU. Lidahku kelu saat lagu Dasaat Sendiri dendangan Dadali Band kedengaran di dalam kereta.
Serta merta nama Lysa berlegar-legar dalam ingatanku. Sejak pemergian Lysa lagu ini seakan-akan sudah sebati denganku. Liriknya penuh makna mendalam. Hatiku menjerit memanggil nama Lysa. Betapa seksa hidupku setelah Lysa tiada.
“Abang!!!” aku tersentak dari lamunan. Spontan aku menoleh pada Fazlinda.
“Kenapa sayang? Sayang lapar?” tanyaku prihatin. Fazlinda hanya merengus perlahan.
“Siapa Emylin tu?”
Aku melepaskan keluhan berat.
“Emy… Emylin tu bekas tunang abang. Dia tinggalkan abang sehari sebelum kami akad nikah. Dan… tadi sayang tanya abang kan macam mana perkenalan abang dengan Lysa? Okey, abang jawab. Waktu tu Lysa perlukan kerja. Kebetulan sahabat dia a.k.a Fazi tu dia cadangkan abang ambil Lysa bekerja. Dan masa tu la abang kenal dia. Kisah kami hanya biasa-biasa saja. Abang harap Lin tak terasa hati dengan apa yang terjadi tadi. Abang cuma terkejut tengok Emylin tadi.”
“Abang rindukan Lysa?” soal Fazlinda perlahan. Wajahnya hanya biasa-biasa saja. Nak kata marah tidak. Nak kata dia cemburu… mungkin.
“Err… tak pernah sedetik pun abang lupakan dia.”
“Kalau Lin pergi dulu sebelum abang, adakah abang akan cari pengganti?”
“Apa Lin merepek ni? Sudah! Abang tak mahu dengar lagi,” suaraku naik satu level. Pantang betul aku dengar perkataan ‘pergi’ itu. Lin cuba memujukku. Lenganku dipaut erat. Namun aku langsung tidak menghiraukannya. Aku menekan pedal minyak laju.


AKU hanya mendiamkan diri sahaja. Suasana riuh dengan keletah Elfira. Namun baik aku mahupun Fazlinda masing-masing berdiam. Fazlinda merenung wajahku seperti ingin memujuk. Namun aku mengeraskan hati agar tidak termakan pujuk rayunya.
“Abang… maafkan Lin ya. Lin janji tak cakap macam tu lagi.”
“Makan sajalah,’ ujarku dengan wajah tidak berperasaan. Entah mengapa aku mudah melenting apabila Fazlinda mengucapkan perkataan ‘pergi’ itu. Mungkin aku masih trauma dengan kehilangan. Mungkinlah.


AKU melepaskan keluhan berat. Badan saja di tempat kerja. Hakikatnya fikiranku jauh menerawang kepada kenangan lama. Ellysa… kenapa sukar benar untuk Emir melupakan awak? Aku meraup wajah yang terasa kusut.

Sedang asyik aku mengelamun tiba-tiba telefon bimbitku berdering menandakan ada panggilan masuk. Aku melihat nama yang tertera di skrin. Lambat-lambat aku mengangkat panggilan itu. Sempat aku berdoa agar ALLAH melembutkan hatiku. Sunggguh aku tidak mahu lagi menyakiti hati dia.

“Assalamualikum abang.”

“Walaikumussalam sayang. Ada apa telefon abang ni? Elfira mana? Dia tak sihat ke?” tanyaku prihatin.

“Tak ada apa. Abang… boleh tak kalau esok abang cuti? Lin rindukan Fairuz. Dah lama tak jumpa dengan dia. Lepas pergi melawat dia, kita balik rumah mama sekejap. Boleh tak abang?”

Aku terdiam sejenak. Sejak aku berkahwin dengan Fazlinda memang jarang sangat aku membawa dia berjalan-jalan. Jadi tak salah kalau aku mengambil cuti untuk menghiburkan hatinya. Setelah berfikir panjang aku akhirnya bersetuju.

“Alhamdulillah, terima kasih abang. Sayang abang. Muuah. Okey abang buatlah kerja tu elok-elok ya. Nanti balik makan tengah hari dekat rumah tau. Lin masak istimewa untuk abang.”

“Aik? Masak istimewa? Ada apa-apa ke ni?”

“Abang balik saja. Tak ada apa pun. Saja nak buat abang rasa bangga ada isteri yang pandai masak macam Lin ni,” usik dia. Aku ketawa lepas mendengar keletahnya.

“Ada-ada saje isteri abang ni. Okeylah sayang, abang nak buat kerja ni.”

Usai menamatkan panggilan aku bersandar pada kerusi. Bagaikan tergiang-ngiang kenangan pada masa dan ketika Ellysa mengemas ruang pejabatku ini. Astaghfirullah al-azim. Sekali lagi bayanganku bersama dia menghimpit dada.

Spontan tangan mencapai potret Lysa yang aku letakkan di dalam laci. Aku merenung lembut wajahnya itu. Biarpun gambar itu kaku namun aku terasa bagaikan orangnya benar-benar berhadapanku kini.

“Lysa… tak mudah untuk Emir lupakan Lysa. Lysa terlalu bermakna buat Emir. I really love you. Biarpun Emir sudah menikahi wanita lain itu tak bermakna Emir dah lupakan Lysa,” keluhku perlahan. Mataku terpaku pada calendar yang terletak di hujung mejaku. 19/4. Tarikh keramat ni! Ya ALLAH, diam tak diam dah 3 tahun lebih dia tinggalkan aku.

Tanpa melengahkan masa aku mencapai kunci kereta. Setelah itu aku mengatur langkah laju untuk melawat ‘kekasih hatiku’ itu.

Aku memegang batu nisan yang terpahat nama Ellysa Zahra binti Rahmat. Perlahan-lahan aku mensedekahkan Al-Fatihah buatnya. Setelah itu aku membacakan Yassin. Aku berteleku lama di situ. Sesungguhnya aku terlalu rindukan dia. Aku tidak dapat gambarkan andainya Fazlinda juga meninggalkan aku. Sudah pasti hidup aku tidak bermakna lagi tanpanya. Usai membaca Yassin aku menyiramkan air mawar ke atas pusaranya.

“Lysa, hari ni genap tiga tahun lebih Lysa tinggalkan Emir. Hanya ALLAH yang faham perasaan Emir. Sungguh Emir rindukan Lysa. Lysa sayang damailah Lysa di sana ya. Semoga kita bertemu di Syurga. In shaa ALLAH.” Aku mengesat airmata yang mengalir di pipi. Aku bangkit dari duduk. Saat aku berpaling ke belakang aku terkaku. Statik tidak bergerak.

“Ellysa?” Entah mengapa lancar saja aku memanggil nama itu.

“Eh, Emir. You buat di sini?” tanya Emylin seraya mata memerhati ke sekelilingku.

“I baru saja ziarah kubur arwah tunang I,” ujarku perlahan.

“Oh, I pun baru saja ziarah kubur husband i. you okey? I nampak you macam tak bermaya je.”
“I okey Ellysa.” Zass! Sekali lagi nama Ellysa meluncur dari bibirku. Mujurlah yang berdepan dengan aku sekarang ni Emylin. Buatnya Fazlinda di hadapanku ini tak ke mati kutu aku nak memujuknya?

“Ellysa? Siapa tu?”

“Bekas tunang i. Okeylah Emylin I balik dulu. Assalamualaikum.”

Langkah kaki ku ayun laju meninggalkan perkarangan pusara itu. Jam di tangan dikerling sekilas. Dah hampir pukul 1. Pasti Fazlinda sedang menunggu aku. Biarlah. Aku mahu menstabilkan emosiku dahulu. Tidak mahu dia merisaukan aku apabila melihat wajahku yang kusut ini.


Pada-MU ya RABB aku bermohon agar diberi kekuatan untuk aku menghadapi ujian-MU ini.