KASIH JANGAN PERGI PART 1



















ARIANA menyikat rapi ramputnya yang panjang separas bahu itu. Haih! Naik rimas dirinya dengan rambut sepanjang itu.  Sudahlah dirinya itu tomboy.

Berambut panjang baginya sangatlah tidak sesuai. Namun bantahan si ayah saat dia menyuarakan hasrat untuk menggunting rambut, membuatkan niatnya terkubur sebegitu saja. Usai menyikat rambut, dia menyanggul lantas disumbatkan ke dalam topi. Sekilas dia meniliti penampilannya di hadapan cermin. Sempoi bak kata sahabat baiknya Afif. Cukup dengan hanya memakai T-shirt besar dan seluar jeans lusuh. Spontan bibirnya tersenyum saat teringatkan kata-kata ayahnya beberapa hari yang lalu.

“Haih! Apalah nak jadi dengan anak dara ayah ni. Nak kata ayah tak beli ju baju perempuan ayah beli. Tapi kamu tu tetap juga nak sarungkan baju lelaki dekat tubuh kamu. Apa ke pelik bebenor dengan minat kamu ni Ariana oi? Ayah ni masa mak kamu mengandungkan kamu dulu tak adalah pula ayah teringin nak anak lelaki. Tapi kamu…. Adui! Peninglah kepala ayah ni. Sudah Ariana, kamu tukar baju kamu boleh tak? Pakai baju kurung ke gaun ke sedap sikit mata ayah ni memandang,” omel si ayah dengan sikap anaknya.

“Ala, ayah ni. Tak rock la. Macam ni baru la sempoi ayah. Nak pakai gaun dengan baju kurung? Ish! Tu bukan Ary. Ei!” Ariana menggeliat kegelian.

Si ayah hanya mampu menggeleng kepala mendengar kata-kata Ariana. Haih! Sudah berbuih mulutnya menasihatkan si anak, namun satu nasihatnya pun tidak melekat di kepala Ariana. Dia tahu Ariana menjadi sebegitu setelah kehilangan ibunya. Walaupun sudah bertahun-tahun isterinya itu meninggal dunia, baginya bagaikan baru semalam berpisah dari isteri yang tercinta.

Ariana tersentak dari lamunan saat terdengar deruman enjin motor cabuk ayahnya. Segera dia berlari anak untuk menyambut kepulangan ayahnya itu. Setelah menyalami Encik Abdullah, Ariana mencapai bekas makanan yang berada di dalam raga motor ayahnya.

“Penat tak ayah? Macam mana kebun? Pisang ada yang dah masak tak ayah? Kalau ada boleh la kita makan goreng pisang,” ujar Ariana ceria.

Encik Abdullah tersenyum mendengar suara ceria anaknya. Sesekali dia terfikir juga andainya ALLAH menarik nyawanya bagaimanalah nasib Ariana. Dia tahu bahawa Ariana mampu menjaga diri, namun entah mengapa terasa berat hatinya untuk meninggalkan anak gadisnya seorang diri.

“Nasiblah kamu ni pandai masak ya Ary. Kalau tidak memang serupa lelaki la jawabnya. Kerja pun di bengkel,” seloroh Encik Abdullah lantas ketawa melihat Ar iana yang sudah menarik muncung itu.

“Ayah ni… suka betul kan usik Ary. Tadi Ary dah masak. Ayah rehatlah dulu. Kejap lagi Ary nak masuk kerja dah.”

“Ary,”
Ariana yang ingin mengatur langkah ke biliknya menoleh saat mendengar si ayah yang menyeru namanya. Dia menjongket kening sebagai pertanyaan ‘apa?’

“A… ayah tak suka kamu kerja di bengkel tu. Bergaul dengan budak-budak rempit tu. Ayah tak berkenan sayang. Ni… kamu pakai seluar jeans ni ayah tak suka tengok. Berubahlah nak,” nasihat Encik Abdullah dengan lembut.

“Ayah, kenapa tiba-tiba ayah nak cakap pasal benda ni? Tak kisahlah apa orang nak pasal Ary. Tapi yang penting Ary tak conteng pada wajah ayah. Percayalah ayah, Ary mampu jaga diri Ary. Lagipun Afif kan ada? Dia pun dah janji untuk lindungi diri Ary seandainya Ary diganggu,” ujar Ariana seraya menggengam kemas jemari tua ayahnya. Encik Abdullah mengusap lembut kepala Ariana yang dilindungi di sebalik topi.

Pin! Pin!

“Okeylah ayah, Ary pergi kerja dulu. Assalamualaikum.”


WOI, kau apahal termenung?” sergah Afif dari belakang. Ariana yang terkejut itu segera mengurut dadanya. Matanya mencerlung tajam memandang wajah Afif.

“Kau ni memang dah lama hidup ke? Ada juga aku sumbat spanar ni dalam mulut kau nanti,” marah Ariana berapi. Wajahnya yang putih gebu itu sudah mula kemerahan. Geram dirinya memikirkan sahabatnya yang satu itu.

“Ala itupun nak marah. Tak rock la macam ni. Jom kita pekena ABC. Aku tetiba je rasa macam nak makan ABC kat Warung Mak tu. Macam memanggil-manggil je.”

Ariana mencebik bibir seraya membasuh tangan di singki. Hari ni tidak terlalu banyak kereta yang memerlukan khidmatnya. Mungkin disebabkan ramai yang sudah memakai kereta baru. Jadi tak banyaklah orang yang ingin menservis kereta. Dia menepuk-nepuk bahu yang terasa sengal. Afif yang melihat sahabatnya itu mula mengambil alih untuk mengurut bahu Ariana.

“Terima kasih bro. Kau memang sahabat aku yang paling memahami. Jomlah, kata nak makan ABC.”

Segera mereka melangkah ke motor yang terparking elok di ruangan staff. Ariana mencapai helmet lantas dia menanggalkan topinya. Afif tergamam saat melihat rambut Ariana yang melepasi bahu itu. Dia sedikit aneh akan perasaannya. Bukanlah dia tidak pernah melihat rambut Ariana yang separas bahu itu, namun entah mengapa debaran di dadanya kali ini agak berlainan dari biasanya.


ARIANA membetulkan kedudukan topi yang agak senget. Dia cuba mengawal debaran saat panahan mata Afif tepat merenung ke arahnya. Saat matanya bertembung sepasang mata milik Afif, cepat saja dia melarikan pandangan. Dia mula gelisah.



ARIANA


Afif menahan tawa dari terburai. Dia tahu bahawa Ariana tidak suka direnung sebegitu. Tetapi dia suka melihat wajah Ariana yang putih itu berona merah. Tampak comel di matanya. Haih! Ariana, Ariana. Sejauh manapun kau sembunyi tetap juga nampak kecomelan kau tu, desis hati kecilnya.

“Kau apahal pandang-pandang aku? Rimaslah wei!” Ariana bersuara apabila melihat Afif yang asyik merenungnya sedari tadi. Afif hanya tersengih cuma,

“Aku tengok kau ni kadang-kadang cantik juga. Cuma kau je yang tak pernah nak tonjolkan. Tapi… kalau kau pakai macam ni pun tak apa. Sebab orang lain tak akan nampak kecantikan kau melainkan aku.”

Bulat mata Ariana mendengar kata-kata berani mati Afif. Dia mengetap bibir. Geram! Perkara yang paling dibencinya ialah ‘pujian’. Mungkin bagi gadis lain suka apabila diri dipuji melambung-lambung. Namun tidak bagi dirinya. Baginya setiap kata-kata pujian itu adalah satu penghinaan baginya.

“Kau pernah makan tak sup selipar Jepun saiz 6? Kalau tak pernah aku nak renehkan sup. Biar wayar putus dalam kepala otak kau tu betul sikit. Kau dah tahu kan aku tak suka orang cakap aku cantik? Ada juga aku luku kepala kau kat sini kang,” ujar Ariana seraya menjeling tajam wajah Afif. Afif hanya ketawa melihat wajah Ariana.

“Kau ni kalau marah dah serupa macam mak tiri je. Tapi sorry bro. Aku tak takut pun tengok muka kau. Lagi lawak ada la. Suara kau kalau marah macam suara kartun je pun,” ujar Afif selamba. Ariana turut ketawa mendengar kata-kata Afif. Sedang asyik mereka ketawa tiba-tiba Ariana terdengar suara sumbang yang mengutuknya.

“Ish! Kau tengoklah tu. Perempuan tu dah la tomboi. Lelaki aku tengok handsome je. Macam tu punya tomboi pun selera erk? Dah la pakai baju macam lelaki.”

“Betul tu. Aku rasa taklah secantik manapun si tomboi tu. Lawa lagi kita yang vogue ni ha.”

Afif berang mendengar kata-kata penghinaan terhadap sahabatnya itu. Dia bingkas bangun lalu merapati meja gadis yang mengutuk Ariana itu. Silap besarlah mereka kerana cuba bermain api dengannya.

“Kau orang kenapa? Salah ke kalau aku berkawan dengan tomboi? Apa kau orang ingat pakai baju ala model ni lawa sangatlah. Terdedah sana- sini. Sendat pula tu. Dah macam sarung nangka je aku tengok. Bercakap tu lain kali jangan  ikut sedap mulut je. Setakat muka macam kau orang ni kat tepi jalan pun bersepah la. Harap muka  make-up je nampak cantik. Bila tanggal  make-up tu nanti mengalahkan hantu Kak Limah,” hambur Afif lantas dia menarik tangan Ariana agar beredar dari situ. Kembang kempis hidung Afif menahan perasaan amarahnya.

“Kau ni apahal?” sergah Ariana sebaik saja melangkah keluar dari restoran Warung Mak.
“Apahal apa?” soalan berbalas soalan. Ariana mengecilkan mata melihat wajah cemberut Afif. Haih! Terkadang dia hairan. Mana tak hairannya? Yang dikutuk dia, bukanlah si Afif. Tapi tingkah Afif mengalahkan dia pula yang dikutuk. Sedangkan dia steady je.

“Kau tu emosi sangat. Orang nak kutuk aku ke apa lantak diorang la. Aku tak pernah kesah dengan apa yang diorang nak cakapkan. Sebab aku tahu kau dan ayah aku akan selalu ada dengan aku,” ujar Ariana dengan penuh makna. Spontan Afif tersenyum. Dia meletakkan tangan kanannya di atas kepala Ariana yang dilindungi topi.

“Aku, Muhammad Afif bin Aryan berjanji untuk menjaga kau Lutfa Ariana  binti Abdullah seumur hidup aku. Aku janji bahawa takkan ada sesiapa pun sakiti kau. Dan aku janji takkan pernah tinggalkan kau walau apa keadaan sekalipun.”

Ariana terpana mendengar janji yang ditaburkan Afif. Sesungguhnya dia berharap agar Afif mengotakan janji untuk sentiasa berada di sisinya. Namun bagaimana seandainya Afif sudah bertemu dengan insan yang berjaya membuka pintu hatinya suatu hari kelak? Mustahillah Afif akan sentiasa memberi perhatian padanya. Dia melepaskan keluhan berat.


AFIF memandang dada langit yang terang benderang dek cahaya bulan. Dia suka melihat bulan. Baginya bulan itu sangat indah. Seperti indahnya persahabatan dia dan juga Ariana. Siapa sangka bermula dari diselamatkan dari dibuli akhirnya mereka telah  mengikat janji untuk terus menjadi sahabat. Dia tersenyum saat teringatkan dirinya yang mudah dibuli suatu masa dahulu. Dia membaringkan tubuh di balkoni rumah sambil mata tidak lepas memandang bulan.

Dia menyeluk kocek seluar. Lantas dikeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi Ariana. Terasa sunyi hidupnya tanpa mendengar celoteh sahabatnya itu. Dia menyilangkan kaki kanan di atas kaki kirinya. Sebelah tangannya mengalas kepala. Sementara sebelah lagi memegang telefon.

“Assalamualaikum. Kenapa kau telefon ni? Kalau setakat nak cakap bulan cantik malam ni tak payah la. Ni aku tengah duduk kat luar rumah ni ha. Tengah tengok bintang,” celoteh Ariana lalu ketawa di hujung katanya.

“Waalaikumsalam. Poyo la kau ni. Aku baru je nak suruh kau tengok bulan. Tak romantik langsung. Bercakap dengan aku pun kasar giler. Macam manalah kau nak bercakap dengan bakal suami nanti?”

Uhuk! Gila ke mamat ni? Agaknya dah lama sangat hidup eh? Ish! Geramnya aku. Mulut tu macam minta penampar free. Dah memang gaya aku cakap kasar macam ni nak buat macam mana? Nak cakap lemah lembut? Ei! Geli aku! Rasa macam hati ni kena geletek je kalau bercakap lembut. Ha ha…
“Kau ni insurans mulut kau dah mampus eh? Main sedap cakap je. Aku tahu la aku ni tomboi.Sampaikan dulu kau ingat aku ni lelaki. Yelah sebab penampilan aku ni kan…” sengaja Ariana tidak menghabiskan ayatnya.

Dia menggeleng kepala apabila  teringat pada saat kali pertama pertemuan mereka. Mulanya nak marah juga bila Afif dengan selambanya memeluk dia. Tapi bila ingat balik kelakar. Sebab Afif ingat mereka sama jantina. He he… mahu taknya? Sebab masa mula-mula pertemuan mereka rambut Ariana sememangnya pendek. Pakaiannya juga sudah menyerupai lelaki. Mahu taknya si Afif tersalah sangka.

“Mulut aku ni kalau bercakap dengan kau automatik akan tamat tempoh insurans. Heee…kau ada nak ke mana-mana esok? Lagipun esok bengkel tutup. Kan ke bos bagi cuti kat kita esok? Aku ingat nak jalan-jalan dengan kau.”

Ariana berfikir sejenak. Dia meletakkan jari telunjuk di dahi seolah-olah memikirkan sesuatu. Setelah lama berfikir akhirnya dia bersuara.

“Ha! Apa kata kita mandi pantai?” Afif sedikit kaget mendengar suara nyaring Ariana. Dia menjauhkan telefon dari telinga. Samdol punya Ary. Boleh dia jerit kat telinga aku? Haih! Dah nasib berkawan dengan tomboi. Tapi tak apa. Sebab Ary sekurang-kurangnya jujur. Tak hipokrit.



SEPERTI yang dijanjikan Ariana dan juga Afif bersiar-siar sambil makan angin. Pada mulanya Afif ingin mengajak Ariana menonton wayang. Tapi mendengarkan kata-kata Ariana membuatkannya beralah jua.

“Kau jangan nak mengada. Aku tak suka la tempat-tempat gelap macam tu. Kalau kau tak nak temankan aku pergi pantai sudah! Biar aku je pergi seorang. Takde hal punya. Ini Ariana la.”

Afif melepaskan keluhan berat. Dia aneh akan perasaannnya. Semenjak dua tiga hari ni dia terasa perasaaannya berbeza. Terasa ingin sentiasa dekat dengan Ariana, ingin sentiasa Ariana berada di depan matanya. Hairan? Ya! Dia hairan mengapa sebegitu sekali reaksinya. Malah dia gentar saat Ariana berkata ingin ke pantai berseorangan tanpa teman.

Biarpun dia tahu Ariana mampu menjaga diri, namun dia tetap bimbang. Cinta? Tak mungkinlah aku cintakan Ariana. Lagipun kami dah janji untuk kekal bersahabat. Haih! Naik runsing dirinya memikirkan masalah hati.

AFIF




Pantas dia menoleh saat mendengar bunyi petikan gitar. Dia akui, Ariana memang pandai segala segi. Memasak, baiki kereta. Cuma satu saja kekurangannya. Ariana terlalu kasar. Mungkin orang yang baru mengenal Ariana akan berkata bahawa Ariana bermulut ‘longkang’. Tapi hakikat sebenarnya ialah Ariana sangat baik orangnya. Ariana tidak akan mencari pasal andai dirinya tidak di usik.

“Kau main lagu apa?” soal Afif setelah lama berdiam diri.

“Eh! Boleh pun cakap. Ingatkan bisu tadi,” ujar Ariana selamba. Afif membuat muka seperti ingin marah. Namun tidak lama. Saat dia melihat Ariana menjulingkan mata dia menghamburkan tawa. Serius kelakar.  Mereka tidak peduli pada mata-mata yang memandang. Yang penting enjoy!

“Bak sini gitar tu. Aku nak menyanyi sebuah lagu. Khas untuk kau,” ujar Afif seraya mengenyitkan matanya.

“Gatal,” komen Ariana sambil menghulurkan gitar kepada Afif.

“Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
Aku tak sanggup jauh darimu

Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu

Ariana terbuai dengan bait lirik yang dinyanyikan Afif. Entah mengapa dia terasa bagaikan di awangan saja. Bahagia! Itu yang dirasakan kini.

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

Haih! Hidup tak selamanya indah. Macam mana kehidupan aku andainya Afif sudah bertemu insan yang dia cinta? Persoalan itu hanya mampu berlegar di benak minda Ariana.

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi”

Afif mengambil kesempatan untuk merenung dalam wajah Ariana. Dia cuba mencari kecantikan yang tersembunyi di sebalik perwatakan tomboi gadis itu. Dia menelan liur saat melihat mata bundar Ariana. Cantik. Kau memang cantik Ary. Aku… aku tak nafikan yang kau seorang gadis yang sangat canik. Walaupun kau cuba sembunyikannya tapi aku tetap nampak wajah ayu kau. Detik Afif di dalam hati. Bimbang andainya dia memuji secara terang-terangan pasti akan berlaku pertengkaran antara mereka. Dan dia tidak mahu sampai itu berlaku.

“Ary, kau nyanyilah lagu yang paling kau suka. Aku dah lama tak dengar suara lemak merdu kau tu.” Ariana tersengih mendengar kata-kata Afif. Ariana suka apabila Afif menghargai nyanyiannya.

“Kejap. Aku nak nyanyi lagu apa erk? Erm… ha aku tahu lagu apa.” Jemari Ariana mula memainkan peranan. Dia memetik gitar mengikut alunan lagu Jujur Bilang Cinta nyanyian Marsha.

Apakah salahku
Kau biarkan aku merana
Ku tak sangka cerita cinta kita
Berakhir sampai di sini

Di mana perginya cinta
Bahagia pernah ku rasa oh
Walau sesaat berasa ku tahu kau tak cinta
Sampai bila aku merana

Jangan bilang cinta
Bila kau tak merasa
Mohon lembutkan hatimu sekali lagi
Tapi kali ini ku pergi

Namun ku mohon darimu oh
Jujur bila bilang cinta
Ku benar-benar cinta
Namun kini dikau pergi
Sepi tidak ku sangka

Afif menepuk tangan sebaik saja Ariana menyudahkan nyanyiannya. Tak dinafikan suara Ariana yang cukup merdu itu. Ada juga dia usulkan agar Ariana menjadi penyanyi. Namun jawapan gadis itu cukup membuatkan dia bangga berada di sisinya.

“Aku bukan nak tolak tuah. Tapi bro siapa nak jaga ayah aku? Aku ni dah la tomboi, risaulah juga kalau betul rezeki aku menjadi artis, siapa tahu kalau aku lupa daratan? Lupa pada ayah aku? Aku tak mahu sampai itu terjadi. Dan yang lebih penting ialah kau.”

“Kenapa pula dengan aku?”

“Aku tak mahu persahabatan kita menjadi renggang. Lagipun aku selesa dengan kerja sekarang. Jadi artis pun hidup bukannya senang mana pun. Jadi orang biasa sudah. Yang penting ayah aku dan kau sentiasa menjadi tulang belakang aku.”

Afif tersenyum saat teringatkan kata-kata Ariana. Di dalam diam dia kagum dengan sikap penyayang Ariana. Ariana menepuk kuat paha Afif. Geram pula dirasakan. Sudah kering tekaknya memanggil Afif. Namun sedikitpun lelaki itu tidak memberi respon.

“Aduh! Kau ni kenapa? Sakit tahu tak?” Afif mengeringai kesakitan. Huh! Nampak je badan kecik. Tapi sekali dia lepuk memang berbirat. Ni balik nanti mesti lebam paha aku ni.

“Kau tu ha. Pekak badak. Aku panggil sampai sakit tekak aku ni tau. Kau termenung entah ingat siapa entah,” bebel Ariana seraya memetik gitar tanpa irama.

“Ala sorry la sayang. Abang tak dengar sayang panggil abang tadi. Berangan kejap. He he…” Ariana menjengilkan mata mendengar nama panggilan yang disebut Afif. Dia buat aksi seperti ingin muntah. Afif sudah bantai gelak. Kelakar sangat melihat wajah Ariana tika itu.

“Geli aku dengar kau panggil aku sayang. Naik loya tekak aku.”

“Aik? Abang tak buat apa-apa pun tiba-tiba je nak loya kenapa?” Afif masih giat mengusik.

“Kau ni Kan Muhammad Afif sengaja je cari pasal. Menyampahlah,” marah Ariana. Dia bangun dari duduknya. Dia menepuk seluar yang berpasir.

Dengan wajah berang dia mengatur langkah ingin meninggalkan Afif. Namun entah dimana silapnya kakinya telah tersadung pada kaki Afif. Lantas dia hilang keseimbangan diri. Mujur baik Afif sempat menyambutnya. Saat mata mereka bersabung, masing-masing kelu untuk berbicara. Seakan ada satu aliran aneh meresap ke jantung.

Ariana meneguk liurnya. Jantungnya berdegup laju. Dia terasa bagaikan di awangan saja. Afif memandang Ariana tidak berkelip. Apatah lagi saat topi yang sering melindungi rambut Ariana melorot jatuh. Dia cuba menyedut oksigen saat dirasakan dirinya tidak mampu bernafas dengan baik. Ini merupakan kali kedua dia melihat rambut Ariana yang panjang separas bahu itu.

“Err… sam… sampai bila k… kau nak peluk aku ni?” soal Ariana tergagap-gagap.

“Ha? Err… lain kali hati-hati,” pesan Afif sebaik saja meleraikan pelukan. Dia tunduk lantas diambil gitar dan juga topi Ariana yang terjatuh tadi. Ariana menyambut dengan senyuman hambar.

Adui! Malunya. Kenapa kau ni Ary? Baru kena usik sikit dah gelabah. Haih! Jantung aku ni macam baru lepas berlari rentas desa je. Berdegup laju. Kenapa ya? Ariana menyoal dirinya sendiri.

‘Perasaan apa ni? Kenapa aku rasa muka aku ni berbahang je? Haih! Naik semput aku macam ni. Aku… aku sukakan Ary ke?’ Afif  turut berperang dengan perasaannya. Dia meengusap leher untuk menghilangkan gemuruh.

“Aku nak main kat pantai.”

“Aku nak main kat pantai.”

Mereka tergelak saat serentak mengucapkan patah perkataan yang sama. Tanpa sebarang kata mereka berjalan beriringan ke gigi pantai. Ariana menanggalkan sandalnya untuk bermain dengan buih pantai. Afif tersenyum melihat tingkah Ariana.

Kenapa dengan aku ni? Semakin lama semakin hati aku tertarik pada Ary. Ya ALLAH apa dah jadi pada hati aku ni? Gumam Afif di dalam hati. Namun persoalan kekal menjadi persoalan. Langsung tiada sebarang jawapan untuk persoalan yang berlegar di ingatannya itu. Akhirnya dia hanya membiarkan saja. Malas mahu memberatkan minda dengan soalan yang tidak berjawapan itu.