CINTA KE BENCI?

ASSALAMUALAIKUM +Balqis Cun  +baby mio  +Shaefar Naressa  MEH BACA :)




 
Usai sampai di rumah Zafran meninggalkan Emir untuk dijaga sebentar oleh umminya. Segera dia menarik tangan Erina memanjat tangga ke tingkat atas.
Sesampai saja mereka di tingkat atas Zafran memimpin tangan Erina ke bilik yang selama ini menjadi bilik larangan. Saat kakinya melangkah ke dalam bilik itu, Erina tergamam melihat lukisan Zafran yang kebayakannya adalah potret gambarnya. Dia menoleh memandang Zafran meminta penjelasan.

“Dari pertemuan pertama kita, abang dah mula melukis semula. Abang tak tahu kenapa. Tapi abang rasa bahagia setiap kali dapat melukis potret sayang,” ujar Zafran dengan telus. Dia mencapai HTC di dalam kocek seluar pantas dia memainkan lagu Tomok-Bagaikan Bidadari.

“Lagu ni khas untuk sayang. Setiap kali teringatkan sayang, abang akan mendengar lagu ni.”
Erina terkedu saat bait-bait lirik lagu Tomok itu menyapa telinganya.

Bagai sebuah cerita
Aku dan dia…
Bermulalah hanya matanya yang mempesona…

Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya…
Malamku gelisah siangku bertanya
Jika kau tak bersama…

Erina terasa bagaikan di awangan saat permulaan lagu itu dinyanyikan dengan baik oleh Zafran. Terasa dirinya benar-benar bertuah kerana memiliki suami yang serba boleh. Heeee...

Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu,

Umpama nafasku kan berhenti,
Jika kau hilang dalam hidup ini,
Percayalah kasih cintaku padamu…
Tak pernah hilang
Tak akan pergi…

Erina terasa ingin menangis mendangar bait-bait lirik yang indah itu. Segera dia memeluk tubuh Zafran sebaik saja lagu Bagaikan Bidadari selesai dinyanyikan Zafran. Dia menangis di bahu Zafran.

“Terlalu indah liriknya. Tambahan pula abang menyanyi dengan ikhlas. Rin terharu sangat. Terima kasih sayang. Rin cin… cintakan abang. Abang umpama nyawa Rin. Rin sayang abang. Cinta Rin juga hanya untuk abang,” luah Erina. Zafran turut membalas pelukan Erina.

“Abang cintakan Rin juga. Rin bidadari abang. Di dunia dan akhirat. You are my everything dear.” Erina meleraikan pelukan Zafran. Dia mendongak seketika mencari keikhlasan di mata Zafran. Dia tersenyum di dalam tangis.

Sesungguhnya jika kita bersabar kita akan menerima pahala yang setimpal. Itulah prinsip Zafran selama ini. Bersabar dengan setiap ujian-NYA. Dan kini dia bahagia bersama isreri yang selama ini di dambanya.

‘Ya ALLAH dulu aku pernah kecewa kerana dia menjauhkan diri dariku. Aku pernah lalai kerana mengejar cintanya. Hingga aku terlupa akan cintaMU. Namun kini aku bersyukur kerana ENGKAU telah mengurniakan dia untukku. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dia menjadi bidadariku, pendampingku. Aku pohon agar agar cinta ini akan kekal hingga ke Syurga aamiin,’ doa Zafran di dalam hati.

Benarlah kata orang jika kita terlalu membenci seseorang perasaan benci itu akan bertukar menjadi sayang. Setelah itu, rasa sayang akan bertukar menjadi cinta. Itulah yang di alami Erina. Sesungguhnya dulu dia membenci Zafran kerana memikirkan Zafran merancang perjodohan ini, namun tanpa dia sedar kebenciaannya terhadap Zafran telah menjerat hatinya untuk mencintai jejaka itu.

‘Ya ALLAH sesungguhnya aku bersyukur padaMU kerana dikurniakan seorang insan yang baik. Yang menyayangiku dengan seikhlas hatinya. Doaku ya ALLAH, agar bahagia ini kekal milik kami untuk selamanya,’ doa Erina di dalam hati.








P/S + MOGA TERHIBUR SAYANG2 SEMUA :)

MENANTI BERITA GEMBIRA.....

ASSALAMUALAIKUM.... SAYA RASA DAH LAMA KAN XPOST APA2 DI BLOG :) HUHU....INSYAallah SAYA AKAN AKTIV BERBLOG TAK LAMA LAGI.. MAYBE AKAN ADA TEASER OR NEW CERPEN KE YANG DIMAUKKAN KE BLOG NGEEE............





LAGIPUN SAYA SEDANG MENANTI KEPUTUSAN DARI I LOVE NOVEL SAMA ADA TERPILIH ATAU TIDAK SAYA PUNYA CERPEN TAK TAHULAH HUHU DOAKAN JE YANG TERBAIK YA... ^_^ 

TEASER CINTA KE BENCI?























FARHANA menemani Erina untuk mencuba baju akad nikah serta baju pengantinnya. Farhana menyarankan agar mengambil warna putih. Suci katanya. Erina hanya menurut sahaja. Baju kurung moden yang diperbuat dari kain chiffon bermutu tinggi itu sudah lama menjadi idamannya. Dengan perincian manik-manik di bahagian hujung kaki baju, ditambah pula dengan renda dan juga bunga-bunga kecil membuatkan baju tersebut tampak ekslusif. Kain cut princess menjadi pilihan hati. Selain itu, hujung lengan baju juga turut dihiasi manik-manik kecil membuatkan baju tersebut nampak mewah dan moden.
Erina merenung wajahnya di cermin. Bagaikan seorang puteri lagaknya. Farhana turut terpegun melihat keanggunan Erina. Tambah pula Erina dengan penampilan barunya. Alhamdulillah, dia menarik nafas lega apabila akhirnya Erina menyuarakan hasrat untuk menutup aurat sepenuhnya.
Untuk majlis perkahwinan pula Erina dan Zafran telah bersepakat untuk memakai warna Gold. Kerana itu merupakan warna kesukaan Erina.
“Cantiknya Putri Erina Batrisya ni. Macam Puteri dalam cerita dongeng je,” puji Farhana ikhlas.
“Ish! Kau ni ada-ada je.” Erina tersipu malu dipuji tinggi melambung oleh Farhana.
“Tapi serius beb. Kau memang nampak ayu sangat. Aku yang tengok ni pun tak jemu tau.”
Erina tersenyum manis. Dia membelek wajahnya di cermin lagi.
“Cik Erina memang cantik. Tambah pula pakai baju warna putih memang terserlah kecantikkannya,” puji Ika pekerja butik itu.
“Awak ni ada-ada je.” Erina tersipu malu.
“Rin meh aku snap gambar kau sekeping,” ujar Farhana lantas menghalakan lensa kameranya pada Erina.
Klik! Klik!
Erina melihat gambar hasil tangkapan Farhana. Dia tersenyum bagaikan tidak percaya melihat wajahnya itu.
“Weh! Ni betul ke aku? Kenapa macam lain je? Heee…”
“Itulah aku cakap. Kau nampak ayu. Heee. Lepas ni kita nak pergi mana pula?” soal Farhana.
“Erm… kita pergi makan. Aku tiba-tiba rasa laparlah. He he… hari ni aku belanja.”
“Betul ke kau nak belanja? Wah! Pengantin baru ni makin bertambahlah rezeki kau macam ni. Sebab tu aku sayang kau. Heee.” Erina mencebik mendengar kata-kata Farhana itu. Nak membodek nombor satu.
Usai mencuba baju Erina dan Farhana menuju ke restoran secret recipe. Erina berang melihat Farhana yang sedang asyik membelek telefon bimbitnya.
“Aku pun ada tunang juga. Tapi tak adalah nak belek telefon je kerjanya,” perli Erina selamba.
“Eh! Kau perli aku eh?” Farhana menyengih bagai kerang busuk apabila terasa dirinya disindir.
“Tak adalah. Mana ada aku perli. Aku cuma cakap je,” seloroh Erina lagi lantas ketawa mengekek melihat Farhana menarik muncung.