CINTA BILANG BENCI BAB 12












Zafran menghubungi Erina untuk menentukan tempat dan masa untuk pertemuan mereka. Hatinya berdebar sementara menanti gadis pujaan menjawab panggilannya.


“ Assalamualaikum, Zaf. Maaf lambat angkat. Sibuk sikit.” Tutur Erina seraya mengepitkan HTC ketelinga lantas dia menarik kerusi untuk bersarapan.

“ Waalaikumsalam. Zaf nak jumpa Rin pukul dua petang di Taman Tasik Titiwangsa. Tiada bantahan ok,” tegas kedengaran suara Zafran.

“ Hari ni ke?” soal Erina sambil menyuakan mee goreng ke mulutnya.




“ Eh! Takde la tahun depan. Mesti la hari ni. Rin ni kan saja je tau. Tak habis-habis dengan sikap blurr dia tu,” usik Zafran seraya mendengus geram.

Erina ketawa apabila mendengar suara Zafran yang seakan menahan amarahnya dari terhambur itu. Mesti comel Zafran waktu ni kan? Hati kecil Erina berkata sendirian.

I’m waiting for you. Hope you don’t disappoint me.” Tutur Zafran sebelum mematikan talian.

Erina cuba untuk mencerakin maksud kata-kata Zafran itu. Apa maksud Zaf erk? Harap aku tak kecewakan dia? Erm, pelik la. Erina mengomel didalam hati.

“ Woi!” Nadia menyergah Erina apabila melihat kerutan didahi sahabatnya itu.

“ Nad, kau kan memang suka kalau tengok aku masuk IJN kan?” marah Erina akan sikap Nadia yang agak kurang matang itu. Nadia hanya mencebirkan bibir seraya menikmati sarapannya.

“ Mana Ana?” soal Nadia apabila tidak kelihatan kelibat Farhana.

“ Ada, tengah bersiap la tu,” ujar Nadia acuh tak acuh.

“ Eh! Nad. Dalam pukul 2.00 petang nanti aku… err… aku nak jumpa kawan. Kau jaga butik sementara aku jumpa kawan ya,” pesan Erina kepada Nadia. Sengaja dia tidak mahu berterus-terang kerana dia tahu Nadia pasti akan mengusiknya andai dia berterus-terang.

“ Kawan lelaki ke perempuan? Aku kenal tak?” tanya Nadia sambil merenung tajam wajah Erina.

“ Dah kenapa kau ni? Kawan lelaki ke perempuan ke kau tak payah la tahu. Tak penting kot.” Erina mencipta alasan untuk mengelak dari menjawab soalan cepumas Nadia.

tambah tolak bahagi kite rasa nelydia je yang sesuai pengang watak FARHANA.hope korang setuju ye.




Morning Rin, Nad aku rasa kau orang pergi la kerja. Aku tak berapa sihat. Rasa macam nak demam,” ujar Farhana lemah.

“ Jom aku bawa kau ke klinik.” Tutur Erina sambil memapah Farhana.

“ Eh! Tak apalah. Aku makan ubat kejap lagi oklah.” Tutur Farhana seraya menggelengkan kepala ingin mengikut kata Erina.

“ Ana, kau jangan degil boleh tak? Sekarang ni aku dipertanggungjawabkan untuk jaga kau tau. Dah kau jangan nak banyak bunyi ikut je aku.” Tegas kedengaran suara Erina.







Dengan langkah gontai Farhana mengatur langkah sambil dipapah oleh Nadia dan Erina. Setelah mengunci pagar rumah, Erina membuka pintu kereta sebelah penumpang hadapan. Setelah Farhana memboloskan diri kedalam perut kereta, barulah dia bergerak ke tempat pemandu. Setelah itu dia memecut kereta untuk ke klinik berdekatan.

“ Beb! Aku hantar kau ke butik lepas kita pergi klinik ya,” ujar Erina pada Nadia yang duduk di seat belakang.

“ Tak kisah. Kalau aku naik teksi dari klinik pun boleh. Tak susahkan kau kan. Nak hantar Ana lagi.” Nadia bersuara seakan memahami.

“ Oklah kalau kau cakap macam tu.” Tutur Erina seraya mengerling ke wajah Farhana disebelahnya. Hatinya gusar andai sesuatu terjadi pada Farhana, kerana dia telah diamahkan untuk menjaga Farhana. Itulah syarat ibu Farhana andai ingin membawa sahabatnya bekerja dengannya di KL.

Setelah memarkingkan kereta, Erina segera keluar dari perut kereta untuk membantu Farhana yang tampak sangat lemah tika itu. Dia meminta kad pengenalan Farhana untuk didaftarkan namanya. Setelah lima belas minit menanti akhirnya tibalah giliran Farhana untuk mendapatkan rawatan.

“ Farhana binti Kassim,” panggil jururawat yang bertugas.

Erina memapah Farhana untuk masuk ke bilik Doktor Fadli.

“ Ok Farhana. Demam ke? Tak bermaya je? Ada rasa sakit tekak tak?” tanya Dortor Fadhli apabila melihat keadaan Farhana.

Farhana hanya mampu menganggukkan kepalanya, langsung tidak berdaya untuk bersuara.

“ Teruk ke demamnya Doktor?” soal Erina yang melihat Doktor muda itu mencatatkan sesuatu di komputernya.

“ Panas sangat demamnya ni. Mujur awak bawa cepat ke klinik. Farhana tarik nafas… ok lepas… tarik nafas… lepas…” arah Doktor Fadhli.

“ Ok, saya bagi awak ubat demam, sakit tekak dan juga antibiotik. Tapi pastikan ubat antibiotik tu habiskan tahu!” Sempat Doktor Fadhli memberikan pesan atau lebih tepat arahan. He he…

Erina memberikan senyuman pada doctor yang memandangnya itu. Setelah itu mereka menanti pula jururawat untuk mengambil ubat.

“ Farhana binti Kassim.” Setelah menanti akhirnya nama Farhana dipanggil jua.

“ Ok, ni ubat demam, makan dua biji tiga kali sehari. Ini ubat sakit tekak, makan satu biji dua kali sehari. Ini pula antibiotik makan satu biji tiga kali sehari,” ujar jururawat itu seraya menghulurkan plastik ubat pada Erina.

“ Terima kasih,” ucap Erina sopan sebelum berlalu.

“ Ana, sebelum aku ke butik aku belikan kau bubur dulu ya. Dekat Marrybrown tu sedap bubur ayamnya,” pujuk Erina setelah mereka memboloskan diri kedalam kereta.

“ Terima kasih Rin. Kau memang kawan aku dunia akhirat.” Tutur Farhana dengan perlahan.

“ Eh! Tak pelu ucapan terima kasih kau tu. Tak laku pun,” seloroh Erina seraya tersengih nakal.

~*~*~*~*~*~*~*~*

“ Beb, jamah la sikit bubur ni. Kejap lagi kau nak makan ubat. Please kalau tak aku tak tenang tau, kau sakit mcam ni, aku nak pergi kerja macam mana? Makan sikit eh,” pujuk Erina apabila Farhana hanya memandang sepi bubur yang dibelinya tadi.

“ Ok, aku makan. Tapi dengan syarat. Dan kau harus ikut syarat aku tanpa sebarang bantahan, 
boleh?” Farhana mengenakan syarat pada Erina andai mahu dia menjamah bubur itu.

“ Ai, sakit-sakit macam ni pun masih nak kenakan syarat? Erm… cakaplah apa syaratnya?” soal Erina tenang, sedangkan hati didalam berdegup kencang sedari tadi.

“ Aku… errr… aku harap kau tak melenting ok. Aku… errr… kau maafkan Zaf ya. Dia tak salah dalam hal ni. Dan lagi satu, kalau boleh kau terima la dia. Aku tahu, jauh di sudut hati kau sayangkan Zaf kan? Jadi tak salah andai kau beri peluang pada dia untuk membuktikan sayang dia pada kau.”

Erina tergamam mendengar syarat yang Farhana ucapkan itu. Namun sedaya upaya dia cuba untuk mengawal riak wajah agar tidak terlalu ketara bahawa hatinya tidak keruan saat ini.

“ Kau makan la bubur ni. Sejuk nanti tak sedap.” Erina cuba untuk mengalih topik.

“ Putri Erina Batrisya, aku tak mahu makan selagi kau tak ikut syarat aku.” Tegas Farhana seraya tersenyum hambar.

“ Baiklah Ana, demi sahabat yang aku sayang. Aku ikut syarat kau. Tapi kau kena habiskan makan bubur ni ok? Aku nak gerak dah ni. Kesian pula Nad handle seorang,” ujar Erina seraya mengucup ubun-ubun Farhana.

“ Aku sayang kau Rin, terima kasih ambil berat tentang aku.”

“ Erm,” Erina hanya menggumam.


BOUTIQUE ZAFRIN





Nadia mengerutkan dahi hairan melihat Erina yang asyik mengelamun, seolah jasadnya saja di situ namun fikirannya menerawang entah kemana. Erina ni dah kenapa? Pelik aku. Gumam Nadia dalam hati.

“ Rin… Rin…” seru Nadia namun sedikitpun Erina tidak membalas.

“ Woi! Kau dengar ke tak? Mengelamun je la,” omel Nadia seraya menyiku lengan Erina.

Erina bagaikan tersedar dari lena yang panjang. Wajahnya seperti orang yang baru tersedar dari koma. Kosong! Bagaikan tiada perasaan.

“ Rin, kau ok tak?” soal Nadia cemas.

“ Ha? Apa kau cakap?” tanya Erina bingung.

“ Kau ok ke tak ni? Macam ada masalah berat je. Cerita la dekat aku. Kot aku boleh tolong,” ujar Nadia sambil menatap wajah Erina.

“ Tak ada apa. Macam mana ni? Kejap lagi aku nak keluar. Siapa nak jaga butik?” tanya Erina seraya menongkat dagu di atas meja.

“ La, pasal tu ke yang kau risaukan? Takpe, kau pergilah. Soal butik kau jangan risau. Aku ingat nak buka separuh hari je sebab aku nak pun ada hal juga..” terang Nadia agar Erina tidak bimbang akan butik mereka.

“ Ok.” Balas Erina sepatah.

Ringtone  Tetap Menantimu nyanyian Nomad itu menarik perhatian Erina yang sedang mengemaskinikan akuan. Dengan kadar segera dia mencapai HTC untuk menjawab panggilan dari Zafran itu. Sengaja dia menetapkan ringtone itu untuk Zafran, agar mudah untuk mengelak andai Zafran menghubunginya tika bergaduh. Hu hu…

“ Assalamualaikum, Zaf. “ Erina memulakan bicara.

“ Waalaikumsalam. Zaf cuma nak ingatkan jangan lupa, datang jumpa Zaf di Taman Tasik Titiwangsa, pukul dua petang. Kalau tidak Zaf tak mahu jumpa, atau maafkan Rin tahu!” ugut Zafran.

“Ish! Kalau tak ugut sehari tak boleh ke?” marah Erina geram sambil cuba mengawal suaranya tidak mahu didengari Nadia yang berdiri tidak jauh darinya.




Zafran menghamburkan tawa mendengar suara Erina saat itu. Mesti muka Rin merona merah kan? Mesti comel kalau dia dalam keadaan marah macam ni. Zafran bersuara dalam hati.

“ Gelak pula. Ei, geramlah. Zaf ambil Rin kat butik eh,” pinta Erina penuh mengharap.

“ Er, baiklah tuan Putri Erina Batrisya. Patik menurut perintah,” seloroh Zafran lantas mengundang tawa Erina.

“ Oklah Zaf. Jumpa nanti ya. Assalamualaikum.” Setelah memberi salam Erina memutuskan talian.

“ Ai, senyum je dari tadi. Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?” usik Nadia saat melihat senyuman dibibir Erina.

“ Ish! Kau ni sibuk la.” Balas Erina acuh tak acuh.

“ Assalamualaikum.” Serentak Erina dan Nadia menoleh kearah suara yang memberi salam itu.

“ Waalaikumsalam, eh! Faiz.” Bukan sedikit rasa terkejut Nadia, terasa jantungnya beregup kencang. Seakan mahu tercampak keluar saja.




Nadia menelan liurnya. Lalu dia merenung seraut wajah Faiz, walaupun dadanya terasa sesak namun dia masih mampu mengawal riak wajahnya.
“ Err… Faiz buat apa kat sini?” tanya Erina setelah lama berjeda.
“ Sebenarnya Faiz cari Ana. Mana dia tak nampak pun. Dia tak datang kerja ke?” soal Faiz seraya matanya tercari-cari kelibat gadis kesayangannya itu.

“ Ana demam. Eh! Sekejap. Mana Faiz tahu yang Ana ada dekat sini?” Erina menyoal sambil mengerut dahi. Hairan dirasakan kerana dia belum berkesempatan menemukan Farhana dengan Faiz.

“ Faiz temankan Zaf haritu ke rumah sewa Rin. Ana demam? Teruk ke?”

“ Oh. Rin dah bawa ke klinik. Err… Nadia kau tolong jaga kaunter sat. Aku nak pi ladies,” ujar Erina lantas meninggalkan Nadia berdua dengan Faiz.

“ Err… Faiz. Kalau Nad tanya sikit Faiz jangan marah ya,” ujar Nadia sebelum berbicara perihal Farhana.

“ Kenapa?” tanya Faiz sambil mata merenung wajah ayu Nadia.

“ Err… Faiz dengan Ana ada apa-apa ke? Yalah haritu Nad ternampak gambar Faiz dalam dompet Ana. Jadi…” Faiz mencaras kata Nadia.

“ Sebenarnya dia pernah dan akan tetap selalu Faiz cintai. Dia adalah insan pertama yang bertahta dalam hati Faiz. Kenapa Nad tanya?” soal Faiz seraya menjongket kening.

“ Tak ada apa.” Balas Nadia seringkas yang mungkin.

‘ Ya ALLAH, kuatkanlah hatiku ini. Sungguh aku merasa lemah kini. Bimbinglah aku ke jalan-MU ya ALLAH,’ rintih Nadia hiba.

~*~*~*~*~*~*~*~*

Entah kenapa jantung Erina berdebar-debar, saat berduaan bersama Zafran didalam kereta milik jejaka itu. Terasa masa berputar dengan lambat sekali. Dia mula merasa tidak tenang dan gundah gulana. Dup! Dap! Dup! Dap! Jantungnya bagai mahu keluar saja saat melihat lelaki itu melemparkan senyuman kepadanya.

‘ Aduh, tolonglah jangan senyum macam tu. Tergugat iman aku tengok senyuman kau tu Zaf. Aduh! Tambah pula dengan lesung pipit tu, ya ALLAH manisnya. Uit! Kau dah kenapa Erina. Jangan kata kau suka dia,’ suara hatinya mula bertingkah. Erina menampar pipinya perlahan.

Zafran yang sedang memandu itu mula hilang fokus saat melihat Erina yang bagaikan kucing hilang anak. Kenapa pula Erina ni?  Bicara Zafran didalam hati.

“ Kenapa Rin? Ada apa-apa masalah ke?” soal Zafran.

“ Ha? Eh! Tak ada apa.” Balas Erina sedikit kalut. ‘Ibu tolong Putri. Rasa nak tercampak keluar je jantung ni. Hu hu…’ gumam Erina didalam hati.

Taman Tasik Titiwangsa

Erina menelan liur saat matanya melihat sekililing Tasik Titiwangsa. Dia mula seram sejuk mengingatkan syarat Farhana pagi tadi.

“ Rin, marilah duduk,” pelawa Zafran seraya melemparkan senyuman bergulanya.

“ Err… Zaf… err…” Erina kehilangan kata-kata apabila sepasang mata redup Zafran merenungnya. Terasa hati didalam sudah hilang rentak.

Dup! Dap! Dup! Dap!

“ Rin kenapa ni? Dari tadi lagi Zaf tengok, ada yang tak kena ke? Macam resah gelisah je? Ke Rin…” sengaja Zafran menggantung bicaranya untuk melihat reaksi Erina. Zafran tersengih nakal melihat Erina yang serba tidak kena itu.

“ Apa? Jangan fikir… err… jangan fikir bukan-bukan boleh?” marah Erina sambil cuba menenangkan hatinya yang bagaikan ingin pecah itu.





“ Rin, awak nak tahu tak? Awak kalau marah cantik sangat. Tapi kalau awak merajuk… boleh buat penyidai baju tau,” usik Zafran seraya tertawa melihat Erina yang membuntangkan matanya.

“ Zaf!! Ei, geramnya. Ha ambik nak sangat.” Marah Erina sambil memukul belakang badan Zafran.

“ Aduh! Sakitlah Rin. Awak tak sayang saya ke? Sampai hati awak,” rajuk Zafran seraya membuat memek muka sedih.

‘ Aku merajuk ke dia yang merajuk ni? Adeh! Pening aku layan si Zaf ni,” sungut Erina di dalam hati.

Zafran mengerling kewajah Erina yang diam tidak berkutik. Dia menatap wajah Erina untuk melepaskan segala rindunya selama ini.

“ Rin, nak tahu tak? Selama kita err… selama kita gaduh dan tak berhubung Zaf rasa terseksa sangat Rin. Zaf tak mahu Rin jauh dari Zaf lagi. Cukuplah sekali,” ujar Zafran sambil merenung air pancuran buatan dihadapannya.

“ Maafkan Rin.” Balas Erina sepatah. Sejujurnya dia ingin mengungkap kan kata yang sama, namun lidahnya terasa kelu.

“ Putri Erina Batrisya, sudi tak awak menjadi permaisuri hidup saya, Aidil Zafran? Saya janji akan sayang awak sehingga hujung nyawa saya. Rin, awak terima lamaran saya?” soal Zafran seraya melutut dihadapan Erina. Sekotak cincin baldu dikeluarkan dari poket lalu dihulurkan pada Erina.

Erina tergamam tiada terkata. Sungguh-sungguh dia tidak tahu untuk membuat keputusan. Lantas dia teringat akan syarat Farhana.

“ Ok, aku makan. Tapi dengan syarat. Dan kau harus ikut syarat aku tanpa sebarang bantahan, boleh?” Farhana mengenakan syarat pada Erina andai mahu dia menjamah bubur itu.

“ Ai, sakit-sakit macam ni pun masih nak kenakan syarat? Erm… cakaplah apa syaratnya?” soal Erina tenang, sedangkan hati didalam berdegup kencang sedari tadi.

“ Aku… errr… aku harap kau tak melenting ok. Aku… errr… kau maafkan Zaf ya. Dia tak salah dalam hal ni. Dan lagi satu, kalau boleh kau terima la dia. Aku tahu, jauh di sudut hati kau sayangkan Zaf kan? Jadi tak salah andai kau beri peluang pada dia untuk membuktikan sayang dia pada kau.”

“ Rin, Rin,” seru Zafran. Erina mula tersedar dari lamunannya.

“ Err... Zaf, awak buat apa ni? Bangun la. Malu orang tengok.,” omel Erina geram.

“ Zaf tak kan bangun selagi Rin tak bagi jawapan ‘ ya, saya terima lamaran awak.’ Ingat tak Zaf kata Zaf akan cakap syarat kedua saat kita jumpa? Inilah syaratnya. Syarat untuk Zaf maafkan Rin,” ujar Zafran dengan tenang, sedangkan hati didalam terasa bagaikan baru lepas berlari rentas desa saja.

‘ Nak terima ke tidak? Aduh! Susahnya nak buat pilihan.’ Gumam Erina di dalam hati.

“ Rin,” seru Zafran saat Erina berdiri statik, langsung tidak bergerak.

“ Zaf… bagi Rin masa ya,” ujar Erina seelah lama berjeda.

“ Baiklah. Malam ni Zaf tunggu jawapan Rin. Dalam pukul 10.00 mlam Zaf akan call. Jangan pula tak angkat.” Tutur Zafran seraya menepuk seluar yang kotor saat melutut tadi.

Erina tersengih saja mendengar jawapan Zafran. Erina mengambil kotak baldu yang dihulurkan Zafran. Dia membelek cincin lamaran Zafran itu.

“ Cantik.” Tanpa sedar Erina telah memuji cincin yang berada didalam kotak baldu itu.

“ Apa Rin cakap? Tak dengar,” ujar Zafran sambil merenung wajah Erina.

‘ Dasar telinga lintah. Dengar je la.” Kutuk Erina dalam hati.

“ Tak ada apa. Rin cakap cantik air pancuran buatan tu. Tenang je,” ujar Erina sambil mata tidak lepas dari membelek cincin ditangannya.

“ Rin dah solat?” tanya Zafran sambil mengerling jam ditangannya.

“ Belum, tadi sibuk sangat,” ujar Erina seraya menyimpan kotak baldu itu didalam tas tangannya.

“ Jomlah, kita ke Masjid. Dah pukul 3.30 petang ni.” tutur Zafran seraya bingkas bangun. Erina juga mengatur langkah meninggalkan Taman Tasik Titiwangsa dengan satu kenangan yang pasti akan dingatinya sampai bila-bila.

Masjid Ibnu sina

Erina keluar dari perut kereta lantas dia mengatur langkah ke ruangan solat wanita. Sempat Zafran mengenyitkan mata sebelum ke ruang solat lelaki. Erina menggeleng kepala akan kenakalan Zafran itu.


“ Ya ALLAH, ya Tuhanku ampunkan dosaku. Dosa kedua ibu bapaku. Ya ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku pohon padamu Ya ALLAH lembutkanlah hati Erina untuk menerima kehadiranku. Sungguh aku tidak sanggup untuk kehilangannya, kerana dia adalah pelangi yang mencorakkan hidupku.” Tulus ikhlas Zafran menitipkan doa pada Yang Maha Esa.

Zafran melipat sejadah yang digunakan. Dia tergamam apabila melihat Erina yang terpacak menunggu sambil membelek cincin lamarannya itu. Kalau dah suka tu terima je la. Jangan la jual sangat. Hati Zafran bersuara nakal.






“ Cantik sangat ke cincin tu?” bisik Zafran di cuping telinga Erina.

“ Zaf! Terkejut tau. Lepas ni kita nak pergi mana?” tanya Erina lalu disimpan kotak cincin utu didalam tas tangannya.

“ Kita pergi ke bulan dan bintang,” seloroh Zafran lalu tersenyum hingga menampak lesung pipitnya di pipi kanan.





“ Rin suka tengok senyuman Zaf. Tampak manis.” Puji Erina seraya mengatur langkah laju untuk mengejar Zaf yang mendahuluinya.

“ Terima kasih sayang, ikhlas ke tidak?” tanya Zafran.

“ Ikhlas la. Comel.” Puji Erina lagi lalu memboloskan diri ke dalam kereta.




p/s = enjoy reading erk :)
hope korang terhibur dengan n3 kali ni
senyum2 saja

CINTA BILANG BENCI 11









BOUTIQUE ZAFRIN



Erina sedang sibuk mengemas sehinggakan tidak sedar dirinya sedang diperhatikan. Lalu dia menoleh kearah belakang. Dia kaget saat melihat wajah Ain terpacak dihadapannya. Dengan wajah tanpa riak dia cuba mengawal debaran dihati.

“ Ain, buat apa kat sini? Shopping ke?” soal Erina cuba menenangkan hati yang sedang berdetak hebat.





“ Saja Ain jalan-jalan dekat sini. Err… Kak Rin boleh tak kalau kita pergi makan sama-sama? Lama rasanya tak borak sama kan?” Ain cuba memujuk Erina untuk makan tengah hari bersamanya.

“ Err… Kak Rin sibuk ni,” bohong Erina. Sengaja dia mencari alasan, bimbang seandainya Ain bertanyakan jawapan akan perjodohan itu.

Erina menelan liur yang terasa kesat. Sungguh dia rasa ingin lari dari bertembung dengan ahli keluarga Zafran namun dia harus memikirkan risiko akan tindakannya.

“ Pergi je la. Aku dan Nad ada untuk jaga BOUTIQUE. Kau jangan la bimbang,” ujar Farhana seraya menepuk lembut bahu Erina.





Erina mengetap bibir, geram dengan sikap Farhana yang selamba menyuruh dia mengikut Ain. Erina menjeling tajam pada Farhana.

“ Erm, ok. Tapi Kak Rin belanja ok?” Erina mengenakan syarat buat Ain lalu dia cuba mengukir senyuman biarpun sukar untuk dia lakukan tika itu.

“ Ok Kak Rin, jom lah. Ain dah lapar ni,” rengek Ain seraya memaut lengan Erina.

“ Kejap, Kak Rin nak ambil handbag,” pinta Erina lalu melepaskan pegangan tangan Ain pada lengannya.

“ Jom la, kata lapar,” ajak Erina seraya menarik tangan Ain agar membontotinya.

“ Kak Rin, kalau Ain tanya sikit akak jangan marah ye,” pinta Ain seraya matanya mengerling Erina yang sedang memandu dengan tenang.

“ Kenapa? Nak tanya apa?” tanya Erina mula tidak selesa.

Ain mula menggelabah. Tidak tahu bagaimana ingin menyusun ayat. Bimbang andainya dia bakal membuatkan Erina lebih marah sebenarnya.

“ Err… boleh Ain tahu apa perasaan Kak Rin pada along?” Erina menoleh Ain yang duduk di sebelahnya, tanpa menjawab soalan dia terus memandang ke hadapan semula.

“ Maaf kalau Kak Rin marah, tapi Ain cuma nak tahu saja. Along tu sayangkan Kak Rin. Sayang sangat. Ain pernah nampak along dakap potret Kak Rin. Tu semua sebab dia rindukan Kak Rin,” ujar Ain bersama sendu, lantas dia memandang ke luar tingkap.

Senyap! Mereka berjeda melayani perasaan masing-masing.

“ Kak Rin belum bersedia untuk jawab segala pertanyaan mengenai Zaf. I need a time to think about it. I hope you understand.” Erina bersuara setelah memikirkan ayat yang terbaik untuk tidak mengguriskan hati sesiapa.

“ Tapi Ain harap sangat agar Kak Rin terima lamaran tu. Sejak along jumpa Kak Rin semula hidup dia ceria seperti dulu. Tapi Kak Rin, sekarang ni dah masuk seminggu dia tak balik rumah, entah kemana? Ain risau!” Ain meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

“ Seminggu tak balik? Ain biar betul ni? Dah tu Ain tak cuba cari?” tanya Erina. Jelas terpamer riak kerisauan di wajahnya.

“ Ain pun tak tahu,” ujar Ain seraya menundukkan wajah.






Erina mengetap bibir. Perasaan risau, geram, marah, rindu segalanya menjadi satu apabila memikirkan kehilangan Zafran. Erina memandang sekeliling apabila terasa sudah sampai ke destinasi yang dituju.

“ Ain, kita dah sampai. Jom makan dulu. Soal Zaf nanti kita fikir dimana mahu cari dia. Ok?” pujuk Erina lantas diusap ubun-ubun Ain.

Ain mengganggukkan kepala sebagai jawapan. Namun dia sempat berdoa agar Erina berlembut hati untuk menerima abangnya.

“ Risya, kau kenapa diam dari tadi?” tanya Ain hairan. Biasanya Risya la yang suka pot pet pot pet. Seandainya Risya diam saja, pasti membuatkan Ain tidak senang duduk.

“ Tak ada apa nak borak. Aku dengar je kau dengan Kak Rin borakkan. Err… Kak Rin, agak-agak kan jejaka yang macam mana Kak Rin suka?” Erina hanya tersenyum saat mendengar soalan cepumas dari Risya itu.

Terhenti seketika perbualan mereka saat pelayan restoran menghulurkan menu. Erina membelek menu ditangan. Lantas dia memesan makanan kegemarannya.

“ Bagi saya nasi goreng Tom yam dan air Jus Epal,” ujar Erina seraya memulangkan menu ditangannya.

“ Bagi saya nasi goreng kampung, air Nestlo ais,” ujar Risya dan Ain serentak.

“ Ok, Risya. Sebenarnya Kak Rin tak pernah pun letakkan syarat untuk menjadi pasangan Kak Rin. Cuma apa yang Kak Rin mahukan cukup sekadar seorang lelaki yang mampu untuk membimbing Kak Rin. Seorang yang kelakar, suka baca novel. Dan Kak Rin suka pada lelaki yang kreatif.” Terang Erina sebaik saja pelayan itu mengambil pesanan mereka.

“ Kreatif yang macam mana?” tanya Ain dengan penuh minat.

“ Terima kasih,” ucap Erina pada pelayan tadi yang menghantar air minuman mereka.

“ Kreatif ni macam-macam tau sayang. Kreatif melukis, mencipta sesuatu yang baru. Ha! Pada Kak Rin lelaki yang memasak juga kreatif,” ujar Erina seraya tersenyum pada dua orang gadis dihadapannya.

‘ Erm, nampaknya along termasuk dalam senarai. Aku akan usaha sampai la Kak Rin kata ‘ya’ He he…’ gumam Ain didalam hati.

Erina mengerut dahi melihat Ain yang tidak lekang dengan senyuman itu. Kenapa pula si Ain ni duk tersengih je. Aneh betul. Erina menggumam didalam hati.

“ Ain, kenapa duk tersengih dari tadi? Ingat dekat boyfriend erk?” usik Erina sambil memegang erat jemari Ain.

“ Mana ada Kak Rin ni. Ain kan muda lagi, mana boleh bercintan-cintun. Nak masak nasi pun tak pass lagi tau.” Ain turut membalas usikkan Erina.

“ Terima kasih,” serentak mereka berkata apabila makanan yang dipesan tiba di meja mereka.

Seketika suasana menjadi sepi. Ain melirikkan mata perhatikan tingkah Erina. Serta merta dia tersenyum apabila terfikir andai Erina menerima lamaran umminya pasti abangnya lah orang yang paling gembira.

“ Makanlah, kenapa perhati Kak Rin je? Kenyang ke tengok muka Kak Rin ni?” tanya Erina seraya memandang wajah Ain.

“ Kak Rin comel sangat, tu yang si Ain ni duk perhati ja,” usik Risya pula.

Ain hanya menyunggingkan senyum. Lalu dia menyuapkan nasi goreng kampung ke mulut. Erina meneruskan suapan terakhirnya, lalu dia menyedut Jus Epalnya.

“ Ain nak kemana lepas ni?” soal Erina sebaik selesai makan.

“ Ain ingat nak beli baju, tapi kalu Kak Rin sibuk tak apalah. Ain faham,” ujar Ain dengan perlahan.

“ Kak Rin temankan, lagipun kerja Kak Rin pun rasanya Kak Nad dah tolong settlekan.”

“ Err… kau pergi dengan Kak Rin je la. Aku rasa tak sedap badan la. Aku balik naik teksi kejap lagi,” ujar Risya sambil memicitkan pelipisnya. Sebenarnya sengaja dia mencipta alasan begitu, kerana dia tahu Ain pasti ingin memujuk Erina untuk menerima perjodohan yang dirancang mak longnya itu.


RISYA





“ Betul Risya tak mahu Kak Rin hantarkan?” tanya Erina prihatin.

“ Tak mengapa Kak Rin. Risya balik dengan cab je. Jangan risau, Risya ni bukanlah anak manja macam Ain ni ha,” perli Risya seraya mengelak dari dicubit oleh Ain.

Mereka ketawa seraya mengatur langkah keluar dari restoran tersebut. Risya mengambil kesempatan itu berbisik sesuatu kepada Ain.

“ Ain, beb. Pandai-pandai kau la ambik kesempatan ni tau. Aku harap kau berjaya la pujuk Kak Rin, jujur aku cakap aku suka sikap Kak Rin. Moga berjaya. Assalamualaikum,” Risya berbisik sambil melambaikan tangan pada Ain dan Erina yang turut memandangnya.

“ Jom Ain. Kita pergi Mid Valley nak tak?” cadang Erina sambil menjongket kening.
“ Ok juga tu, tapi Kak Rin tolong pilihkan tau! Ain tak pandai sangat nak pilih baju yang sesuai,”pinta Ain penuh mengharap.
“ Beres bos,” usik Erina lantas tertawa kecil.

Khuzaimi mengecilkan mata saat terlihat kelibat wanita yang disayanginya. Lantas dia mengatur langkah mendekati Erina.




 “Batrisya.” Panggil satu suara lantas Erina menghentikan langkahnya.

“ Kenapa Kak Rin?” soal Ain turut sama menghentikan langkahnya apabila pegangan tangan Erina mula renggang.

‘ Apa lagi la mamat ni nak? Tak faham bahasa melayu betul la,’ kutuk Erina dalam hati.

“ Risya, I really miss you,” luah Khuzaimi tanpa ada perasaan malu.

‘ Ei, mangkuk ayun ni tak sedar diri betul la. Ha! Aku rasa tahu apa nak buat.’ Erina tersengih nakal apabila memikirkan idea yang baru muncul dimindanya.

Ain memutarkan bebola matanya. Perasaan benci mula menguasai diri saat lelaki dihadapannya itu meluahkan isi hatinya.

“ Encik Khuzaimi, saya bukan lagi Batrisya yang dulu. Yang hanya menurut tanpa boleh membuat keputusan sendiri. Oh, ya saya nak kenalkan awak pada ‘bakal’ adik ipar saya.” Sengaja ditekankan perkataan ‘bakal itu, niatnya adalah untuk menyedarkan Khuzaimi akan hakikat yang sebenar.

Bersinar mata Ain saat mendengar bicara Erina itu, lantas dipaut erat lengan Erina. Khuzaimi merasa terpanggang saat mendengar pengakuan Erina. Dengan perasaan berang dia mengatur langkah meninggalkan Erina.

“ Kak Rin…” terus Erina mencelahsebelum Ain menghabiskan katanya.

“ Ain, Kak Rin harap sangat Ain tak terasa hati. Kak Rin cakap macam tu hanya sekadar mahu menyakitkan hati Khuzaimi. Dan lagi satu  Kak Rin tak suka dia menggangu hidup Kak Rin. Maaf,” Erina memohon maaf kepada Ain seraya dipaut bahu Ain untuk menghadapnya.

Harapan Ain yang tadinya berbunga mekar kini layu tanpa sempat dia membajainya. Hancur luluh hatinya apabila mendengar pengakuan Erina. Ain menyeka airmata yang bergenang di kelopak matanya. Erina yang mendengar tangisan Ain terus menarik tangan gadis itu untuk melabuhkan duduk di kerusi yang agak tersorok.

“ Ain, kenapa ni? Kak Rin minta maaf andai apa yang Kak Rin kata menyakiti hati Ain. Jujur Kak Rin tak ada niat pun untuk melukankan hati Ain, tapi Kak Rin…”

“ Perasaan manusia kita tak boleh nak paksa kan? Tapi satu hal yang Kak Rin harus… tahu abang terlalu sayangkan Kak Rin. Ain tak tahu macam mana untuk memujuk Kak Rin lagi, tapi kak, Ain yakin abang pasti sangat cintakan akak. Kak Rin fikir la sebaik-baiknya. Ain sayang akak,” ujar Ain lantas dia memeluk Erina. Tangisannya semakin menjadi-jadi, seakan tidak mahu berhenti. Basah habis baju Erina dek airmata Ain, tanpa sedar Erina juga sudah menitiskan airmata hiba.

“ Ain…” Erina tidak dapat meneruskan kata saat sebak mula menguasai dirinya.

“ Kak Rin, sudahlah. Ain minta maaf. Kalau akak terasa dengan Ain. I just want  the best for my brother.” Tutur Ain seraya meleraikan pelukkannya.

“ Jomlah balik kak, Ain dah penat. Lain kali saja la kita shopping,” ujar Ain setelah tangisannya reda.

Setelah menghantar Ain ke rumahnya terus saja Erina memecut kereta untuk pulang ke rumah sewanya. Masih tergiang ditelinganya tangisan Ain yang sangat meruntun kalbu. Dia merasa sedih keraana telah membuatkan Ain terasa akan bicaranya. Dia mencapai HTC di dalam tas tangannya.

“ La, patutlah senyap je HTC kesayangan aku hari ni.Rupa-rupanya bateri kong. Cis! Geram betul la,” rungut Erina sambil tangan mencapai pengecas telefon.

Erina bergolek-golek diatas katil. Penat memikirkan segala masalah yang menimpanya saat itu. Namun entah mengapa hatinya terdetik untuk menghidupkan HTC. Lalu perlahan-lahan dia menghidupkan HTC.  Saat dia melihat HTC bernyala dia amat mengharapkan ada satu panggilan dari seseorang yang dinantikan nya.

Erina mencapai HTC untuk melihat pesanan ringkas yang baru diterimanya. Tertera 1 mesej dari Syarikat Telekomunikasi, lalu dia menekan button view untuk melihat siapakah yang menghubunginya. Sedikit terganga mulutnya saat melihat nombor Zafran yang tertera di skrin HTC. Bagaikan tahu bahawa dia sangat merindui jejaka itu.

“ Zaf…” Erina menyeru nama Zafran tanpa sedar.

Erina membuka komputer ribanya. Laju tangannya melarikan tetikus dan menekan butang play pada Winampnya. Lagu Unfaithful nyanyian Raihanna mula bergema seisi bilik. Erina mencapai telefonnya untuk menghubungi Zafran. Setelah didail nombor Zafran dia melekapkan HTC di telinga. Sementara menunggu panggilannya diangkat dia melarikan tetikus untuk membuka laman blogger AZPEB.blogspot.com.

“ Assalamualaikum,” sapa Zafran terlebih dahulu.

“ Waalaikumsalam. Err…” Erina cuba untuk mengawal debaran dihatinya. Erina gelisah saat Zafran berdiam diri. Masing-masing melayan perasaan, hanya kedengaran lagu berdentum di komputer riba Erina.

“ Err… Zaf se… sebenarnya Rin nak mohon maaf. Rin tahu Rind ah berkasar dengan Zaf hari tu. Maafkan Rin ya,” pinta Erina penuh mengharap.

“ Erm…” Zafran hanya menggumam. Sengaja dia berbuat demikian, kerana dia terlalu merindui untuk mendengar suara Erina.

Erina mengeluh hampa. Tahulah kini bahawa Zafran benar-benar terluka akan sikapnya.

‘ Aku nak buat macam mana ni? Aku bukan pandai pujuk memujuk ni.’ Keluh Erina didalam hati.

“ Zaf… err… kenapa selama seminggu ni Zaf tak call Rin? Ain cakap seminggu juga Zaf tak balik rumah. Zaf kemana?” tanya Erina kerisauan.

“ Bila Ain cakap? Rin jumpa Ain ke?” soalan berbalas dengan soalan.

 “ Tadi, Ain datang jumpa Rin di BOUTIQUE. Zaf tak jawab soalan Rin lagi.Zaf kemana seminggu tak balik rumah?” Erina mengulangi soalannya itu.

“ Zaf ke rumah Faiz. Rin… betul ke Ana ada dirumah Rin?” tanya Zafran pula.

“ Ada. Zaf maafkan Rin ya,” pinta Erina penuh megharap.

“ Zaf boleh maafkan Rin, tapi dengan syarat.”

Errina mengerutkan dahi. Hairan juga mendengar suara Zafran yang seolah berbisik itu.

“ Apa syaratnya?” soal Erina lambat-lambat.





Zafran tersenyum sebelum menjawab soalan Erina. Rin pasti jadi milik Zaf, moga ALLAH makbulkan doa Zaf. Zafran berdoa dalam hati.

“ Ada dua syarat. Syarat yang pertama Zaf nak jumpa dengan Rin. Dan syarat kedua Zaf akan beritahu saat kita jumpa. Ok? Assalamualaikum,” Zafran mengakhiri perbualan dengan salam.

Erina menggaru kepala yang tidak gatal. Tertanya-tanya juga apakah syarat yang kedua yang ingin Zafran sampaikan padanya itu.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

Zafran tersenyum sebaik melangkah keluar dari biliknya. Puan Linda kehairanan melihat senyuman yang terukir dibibir anaknya. Lalu dia menyapa Zafran yang seolah berkhayal itu.

“ Along, kenapa ni? Ummi tengok dari jauh lagi tersenyum-senyum. Apa yang membuatkan anak ummi ni ceria je?” tanya Puan Linda seraya mengelus lembut pipi Zafran.

Zafran menarik tangan umminya lalu dikucupnya jemari itu. Dengan senyuman yang masih terukir dibibirnya dia memeluk erat wanita kesayangannya itu.

“ Ummi, temankan along. Kali ni along rasa tak mahu lagi lepaskan Rin.” Tekad Zafran. Setelah Erina menghubunginya tadi dia sudah pun membuat keputusan. Muktamad! Tiada lagi kata mengalah sebelum berjuang.

“ Alhamdulillah. Tapi along nak ummi teman kemana?” tanya Puan Linda buntu.

“ Kita pergi beli cincin. Along tak mahu lagi pendamkan perasaan along. Cukuplah along pendamkan selama ni. Along tak mahu menyesal kemudian hari,” ujar Zafran seraya melntokkan kepalanya dibahu Puan Linda.

“ Baiklah, kalau macam tu ummi pergi siap dulu. Along tunggu sekejap ya,” Zafran menganggukkan kepalanya sebagai jawapan.

Zafran mencapai kunci kereta saat melihat kelibat umminya. Setelah mengunci pagar rumah mereka bergegas meninggalkan perkarangan rumah.

“ Ummi, kita nak beli cincin dekat area mana?” soal Zafran setelah kereta meluncur diatas jalan raya.

“ Kalau Habib Jewel ok tak?” tanya Puan Linda pula.

“ Ok, along ikut ummi je. Along harap sangat Rin terima lamaran along. Jujur along sayangkan dia ummi,” ujar Zafran seraya memengang jemari umminya.

“ Ummi tahu sayang. Insya-ALLAH moga dia terima along dalam hidupnya. Ummi gembira tengok anak ummi ceria, semangat macam ni,” luah Puan Linda apabila senyuman masih tidak lekang dari bibir Zafran.

“ Ummi, yang ni cantik tak?” soal Zafran seraya mengunjuk sebentuk Cincin Berlian Swiss kepada Puan Linda.

“ Ya ALLAH, pandai anak ummi pilih. Cantik sangat.” Puji Puan Linda seraya membelek cincin yang ditunjukkan oleh anaknya itu.

“ Berapa harga cincin ni?” tanya Zafran kepada gadis jurual di kedai emas itu.

“ Yang ni harganya Rm 610.00,” ujar gadis jurujual itu.

“ Boleh la, saya ambil yang ni.” Zafran memutuskan untuk membeli cincin yang dibeleknya sedari tadi.

Setelah membeli cincin, mereka terus mengatur langkah ingin pulang ke rumah. Saat menunggu pintu lif terbuka tiba-tiba seseorang telah merempuh bahu Zafran, hampir saja terjatuh bekas cincin ditangannya, mujur juga dia sempat berpaut pada umminya.

“ Maaf ya saudara, tak sengaja,” ujar jejaka itu.

“ Tak apa. Nasib baik sempat paut bahu ummi saya. Kalau tak memang lebam juga biji mata awak,” seloroh Zafran.

“ Maaf, betul- betul tak sengaja. Saya Khuzaimi. Beli cincin kahwin ke?” tanya Khuzaimi seraya menghulurkan tangan ingin bersalam.

Ting!

“ Cincin tunang, saya Zafran. Tak apalah jumpa lagi ya. Assalamualaikum,” tergesa-gesa Zafran memboloskan diri kedalam lif.

~*~*~*~*~*~*~*

Usai berbual dengan Zafran Erina terus saja membuka blogger AZPEB.blogspot.com untuk membaca post baharu yang bertajuk ‘Syurga Cinta.’

kadang-kadang Allah sembunyikan matahari
Dia datangkan petir dan kilat

kita tertanya-tanya
kemana hilangnya matahari
rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi..

jadilah seorang wanita dalam bekas kaca
yang sukar disentuh
hanya orang yang mampu saja boleh memilikinya..

jodoh dari syaitan
kamu berkenalan berpegangan tangan dan terus buat maksiat,
akhirnya pasangan kamu mengandung baru kamu menikah.

jodoh dari jin
kamu berkenalan dengan seseorang yang kamu suka tetapi dia
tidak sukakan kamu, kamu bomohkan dan sihirkan orang yang
kamu suka itu dan akhirnya menikah.

jodoh dari ALLAH
kamu berpandangan mata terus menusuk ke kalbu kamu terus
meminang dia dan dia menerima pinangan itu dan akhirnya menikah.

~syurga cinta~

“ Best pula ayat ni. Ada post baru lagi. Erm tajuk ‘Saranghaeyo’. Macam menarik je,” omel Erina seraya tangannya menekan post tersebut.

Pertama aku bertemu denganmu,
Aku sedar bahawa
 Aku telah jatuh cinta,

Inginku ungkap aku
Satu perkataan saja

Bahawa aku saranghaeyo PEB.
I love you forever

Demi ALLAH aku mohon cinta ini
terpelihara hanya untuk kamu.



p/s =enjoy reading :)