CINTA BILANG BENCI 2









“Hai, Zaf nak ke mana ni? Segak benar ummi tengok?” tanya Puan  Linda pada anak teruna nya itu.

“Ala ummi, Zaf keluar sekejap je erk. Bosan lah duduk rumah. He he.” sambil tersenyum zafran mencium tangan ummi nya lantas berlalu pergi.

“ Ish, anak jantan sorang ni  selalu macam tu la. Kalau rasa bosan kahwin saja, ummi pun tak la susah hati tengok kamu asyik merayap aje.” bebel Puan Linda pada anak terunanya.


Zafran hanya mampu tersenyum. Siapa tidak kenal dengan Puan Linda yang suka berleter itu. He he,  tapi nak buat macam mana yang berleter  tu pun bukan orang lain tapi mak sendiri daaa.
Sesampai sahaja di Pavilion terus sahaja Zafran menuju ke arah Restoran yang dijanjikan. Dia keresahan menunggu  kelibat Faiz. Zafran mengesat peluh yang merenik di dahi. Saat terlihat Faiz terus sahaja dia melambaikan tangan ke arah sahabatnya itu. 

“Ha, Faiz apa cerita? Kau dapat tak cari Erina? Serius aku rindu sangat dekat dia.?” soal Zafran bertubi-tubi tanpa sempat  Faiz  melabuhkan punggung.

“Relax la bro. Tak menyempat-nyempat, sejak bila pula kau dah mamat gelabah ni Zaf?” Perli Faiz apabila melihat sikap gelojoh Zafran.

“Aku harap ada good news. Iz kau tak tahu separuh mati aku mencari Erina.”  bicara Zafran kedengaran sendu.

“ Aku cuma dapat info yang Erina ada buka  kedai..tapi..”

Lama  Faiz berjeda sehingga membuatkan Zafran hilang sabar.

“ Tapi apa?” Sedikit meninggi suara  Zafran apabila Faiz seakan bermain dengan kata-kata.

“ Aku tak sure betul atau tak itu kedai dia. Dan aku tak pernah nampak dia kat kedai tu, so harap kau sabar erk.” Tutur Faiz setelah menarik nafas.

“ Ok lah. Erm kau tak ada ke contact Farhana ke?”  Zafran masih berpuas hati.

“ Tak, aku dah lama tak contact Ana sejak kami putus.”ujar Faiz sedikit perlahan, hampir tidak terdengar suaranya.

“Weh cop! Korang pernah declare jadi couple ke?” Habis sahaja ayat itu Zafran terus melambakkan tawanya.

“Wei, mangkuk. Kau ni kan langsung tak pandai jaga hati aku. Kecil hati aku ni, tak nak tolong baru tau.” ugut Faiz.

“ Ops, sorry la Iz. Aku tak sengaja. Serius kelakar. Macam mana kau boleh suka kan dia. Kau tu saiz ‘s’ sedangkan dia saiz ‘xl’.” tutur Zafran seolah menghina.

“ Kau tak baik la cakap macam tu. Pada aku cinta sangat indah. Kau pun kenal Ana kan, luar dalam semua nya cantik. Satu hari nanti kalau kau mula kenal erti cinta pasti kau akan rasa seperti mana yang aku rasa. Dan aku pasti kau tak peduli perkara-perkara yang lain.” ulas Faiz panjang lebar.

“ Ok, kalau kau sayang, kenapa boleh putus?” Soal Zafran dengan soalan cepumas.

“ Sebab mak dan ayah dia tak suka kan aku.” perlahan Faiz menutur kata.

“ Takkan sebab tu je kau boleh putus? Maksud aku sekurang-kurangnya kau kena la pertahan kan cinta kau.”  Zafran mengeluarkan pendapatnya.

Yes, i know. But  bukan jodoh aku dengan dia kot. Kau tau tak ummi aku hina Ana bila dapat tahu aku dan Ana couple. Aku tahu pun lepas kami dah putus. Seksa sangat aku rasa time tu. Eh asal nak cakap fasal aku kan?” usai berkata Faiz lantas ketawa untuk  menutup kekecewaan  yang terpancar di wajah nya.

Zafran hanya mencebik mendengar kata-kata yang dilontarkan Faiz. Tiba-tiba ingatannya seolah melayang mengingati Erina. Sungguh masa terlalu pantas. Kini genap sudah 12 tahun masa memisahkan mereka.

‘ Sedar tak sedar dah 12 tahun aku dan Erina terpisah. Ya ALLAH aku pohon padaMu pertemukan lah aku dan juga wanita yang sangat aku cintai. Sungguh aku merasa terseksa akan perpisahan ini.’ monolog Zafran di dalam hati.

“ Aku janji aku akan cari.. eh berangan pula pakcik ni. Hoi kau dengar tak aku cakap?” sergah Faiz apabila melihat Zafran diam seperti patung.

“ Aku teringatkan Erina.” tutur Zafran sambil tersipu malu, malu kerana di tangkap sedang berangan.

“ Eh, sebelum kita puasa ni kan apa kata kita pergi tengok wayang, lepak-lepak dan segala bagai la. 
Nak tak?”  Zafran menaikkan ibu jari tanda setuju.

Zafran mengatur langkah ingin membeli tiket wayang, sementara Faiz pula membeli popcorn dan juga air untuk mereka kunyah semasa menonton nanti. Zafran memilih untuk menonton filem Fast And Furious 6, kerana dia amat meminati sebarang cerita yang melibatkan kereta. Setelah selesai membeli tiket dan makanan mereka terus ke kedai berhampiran untuk mencuci mata sementara menunggu waktu tayangan dimula. Sedang Zafran melilau matanya tertancap pada seorang gadis genit yang tampak cantik berbaju blouse kotak-kotak, wajah itu mengingatkannya pada seseorang yang selalu bermain di mindanya tanpa mengira waktu.


Baru sahaja Zafran ingin mengatur langkah untuk menyapa gadis itu,  langkahnya terhenti dek dihalang oleh Faiz. Dia menarik tangan yang berada di dalam genggaman Faiz.

“ Kenapa ni? Kacau la kau ni Iz,” marah Zafran kerana hasratnya terpendam begitu sahaja.

“ Kau nak pergi mana? Wayang dah nak mula ni,” ujar Faiz seraya mengatur langkah masuk ke panggung.

Zafran menarik wajah masam. Dia menghayun langkah gontai.  Fikirannya masih menerawang pada gadis tersebut.

“ Kak, bagi saya tiket Wayang Fast And Furious 6. Nak 2 tiket ye kak,” ujar Erina lantas tersenyum pada gadis penjual tiket.

Usai membeli tiket terus sahaja Erina mencari kelibat Nadia. Dia mengatur langkah berhati-hati saat melintasi penonton yang lain. Kemudian terus sahaja dia melabuhkan punggung saat terdengar suara sumbang yang menyuruhnya agar tidak menggangu pandangan mereka.

“ Sesak gila waktu aku beli tiket,” bisik Erina.

Nadia mengangkat jari telunjuk lalu diletakkan di bibir isyarat agar Erina tidak membuat bising. Erina berdecit melihat isyarat yang ditunjukkan Nadia. Lantas terus Erina memandang ke arah skrin yang mula dimainkan.

                                          AIDIL ZAFRAN


Zafran  tersentak melihat gadis genit tadi. Lantas digosokkan matanya berkali-kali, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Spontas bibirnya mengukirkan senyuman. Bertambah girang hatinya saat gadis genit itu duduk sebaris kerusi yang didudukinya.

Tumpuan Zafran sedikit terganggu dek bunyi wayang yang sedang ditayangkan itu.  Bukan Faiz tidak sedar, dari tadi Zafran lebih banyak menumpukan perhatian terhadap gadis genit yang duduk sebaris dengan mereka dan hanya sesekali Zafran dilihatnya memandang ke arah skrin wayang.

Erina merasa tidak selesa saat terasa dirinya diperhatikan seseorang. Lantas dia memberanikan diri menoleh pada sebelah kanannya. Erina memalingkan wajah saat mata mereka bertentangan.

Dup! Dap! Dup! Dap!

‘Eh, tiba-tiba pula hati aku berdegup kencang ni. Pelik! Dan, kenapa aku rasa Zafran dekat sangat dengan aku bila aku pandang mamat ni?’ hati Erina bertingkah sendiri.

Erina tidak sedar keadaan di sekelilingnya yang tadinya hingar bingar sudahpun menjadi sunyi sepi. Erina memanggung kepala apabila terasa ada sentuhan lembut di bahunya.

“ Maaf cik, wayang dah habis. Cik tak mahu balik ke?” soal jejaka itu namun kedengaran sedikit sinis.

“ Ha. Oo. Tak sedar pula wayang dah habis,” ujar Erina sambil matanya melingas mencari kelibat Nadia.


“ Kawan Cik tadi dia dah keluar sebelum wayang habis lagi,” ujar jejaka di hadapan Erina.
Erina hanya tersenyum pada jejaka itu. Setelah meminta diri Erina terus keluar dari panggung tanpa menoleh ke belakang lagi. Namun tanpa disedari langkahnya diekori oleh jejaka yang sedari tadi memandangnya.


“ Zaf, aku nak tanya kau sikit boleh?” soal Faiz setelah kelibat Erina kian menjauh.

“ Kau nak tanya apa?” soalan dibalas dengan soalan.

 “ Erm, aku sebenarnya kan, hairan dengan kau. Dari tadi macam resah je. Kenapa?” tanya Faiz lagi.
Zafran menarik nafas dalam. Dia berkira-kira untuk menceritakan apa yang dirasakan kini ataupun tidak.

“ Budak perempuan yang kau tegur tadi tu kan, macam ada iras dengan Erina. Entah kenpa aku rasa yakin sangat bahawa itu dia,” ujar Zafran seraya menarik nafasnya dalam-dalam.

 
“ Oo, patut lah dalam panggung tadi kau asyik kerling dia erk. Sikit pun kau tak lepas pandang dari wajah dia,” perli Faiz.

Zafran termalu sendiri. Tangannya dimasukkan ke dalam poket, sambil tersenyum teringatkan wajah ayu gadis tadi.

 “ Aku janji pada kau aku akan cari maklumat tentang dia. Kalau jodoh kau dan dia, tetap jua kau bersatu dengannya. Jadi tak perlulah kau risau,” sambung Faiz lagi.

“ Thanks bro.” ucap Zafran sambil menepuk lembut bahu Faiz.

******

“ Erina, best kan cerita Fast And Furious 6 tadi. Memang tertawan habis aku. He he,” ujar Nadia dengan cerianya. Suka la agaknya dapat menatap wajah kekasih pujaan hatinya tu.

 Saat Erina memberhentikan keretanya di traffic light, kelihatan jejaka yang menegurnya di panggung tadi turut sama menghentikan kereta bersebelahan keretanya. Erina menurunkan sedikit cermin kereta. Lalu dia terpaku saat melihat jejaka yang tersenyum manis padanya itu.

Pin! Pin!

Erina tersedar dari lamunan saat telinganya mendengar bunyi hon kereta yang menderu-deru itu. Terus sahaja dia memasukkan gear dan memecutkan kereta ingin ke Butiknya.

“ Eh, aku nak siasat tentang gadis tadi tu. Jom follow dia. Please.” pinta Zafran sambil membuat memek muka sedih.

“ Ok, asalkan kau belanja aku nanti.” balas Faiz.

Zafran mencebirkan bibir mendengar kata-kata yang Faiz ucapkan.

‘ Dasar demand punya kawan.’  getus hati Zafran.

Zafran keluar dari perut kereta saat Erina memberhentikan keretanya. Lantas segera dia mengekori Erina.

“ Adui!” Kedengaran suara seorang gadis ayu mengaduh saat terlanggar bahu Zafran.

“ Err, maaf ye Cik.” usai meminta maaf Zafran melingaskan matanya mencari jejak gadis genit yang telah mencuri hatinya itu namun hampa.

“ Tak apa. Saya ok je,” ujar gadis itu dengan lenggok suara sedikit gedik.

Faiz menepuk bahu Zafran dari belakang. Hairan apabila melihat Zafran hanya tercegat bagaikan patung itu.

“ Bro, macam mana?” soalan Faiz hanya mampu dijawab dengan gelengan sahaja.

“ Saya pergi dulu ye, oh ya nama saya Selly.Nice to meet you handsome. Ini kad nama saya, jangan lupa call ya. Bye!” Faiz menjeling pada Selly, meluat dengan sikap gedik gadis itu.

“ Ei, dasar minah gedik,” sinis kedengaran suara Faiz.

“ Jom lah kita balik. Aku pun tak tahu mana nak cari gadis tu. Huh! Hampa.” Kedengaran hampa suara Zafran.

CINTA BILANG BENCI

                                             cover by : FASHA ADRYANA




“ Dah besar nanti kau nak jadi apa Erina?”soal Zafran dengan wajah yang polos.

“Aku? Nak jadi apa lagi jadi orang la tak kan nak jadi orang utan kot,” ujar Erina lantas tersenyum puas kerana dapat mengenakan Zafran.

“ Ya  tak ya juga kan. Bodoh juga soalan aku ni..Maksud aku cita-cita kau apa? Nanti kau nak kerja apa?”soal Zafran lagi setelah ketawanya reda.

Erina diam memikirkan jawapan untuk soalan zafran tadi.

“Sebenarnya aku minat sangat untuk jadi penulis novel, tapi takut mimpi aku tak kan jadi kenyataan, tapi aku juga suka tengok ibu aku buat kek. Kau pula nak kerja apa bila dah besar nanti?” tanya  Erina setelah lama menyepi.

“Aku pun sukakan kek, erm aku selalu tengok ummi aku buat kek. Arwah tok wan aku pun selalu nasihatkan aku supaya tolong ummi Tapi bila fikir balik malu pulak kalau lelaki buat kek.” ujar Zafran lantas tersenyum pada Erina.

Gedebuk!!!!

“Adoi! Sakitnya. Hampeh punya kerusi bila masa pulak ada kat sini.” Erina menyeringai kesakitan akibat terlanggar kerusi. Habis terbang sudah ingatan pada sahabatnya itu.

“Itulah berangan je kerja kau. Sampai kerusi yang besar tu pun kau langgar. Apa kena la kau ni hantu novel oi.” perli Nadia sahabat baik Erina bila terdengar bunyi yang kuat tadi.

“ Aku bukan sengaja, lagipun kau yang ubah kedudukan kerusi tu siapa suruh?” Erina merengus geram.

“Ala, sekali sekala ubah apa salah nya? Tak kan nak nak letak tempat yang sama je kan. Kau ok ke tak ni? soal Nadia hairan melihat wajah cemberut Erina.

Nadia adalah sahabat Erina ketika belajar dahulu. Tidak hairan la semua rahsia Erina ada di dalam poket nya. Dan salah satu nya ialah Erina pernah dan mungkin jua sekarang dia masih menyayangi Zafran, sahabat Erina sedari kecil. Nadia merasa hairan bila Erina tidak langsung menyebut tentang Zafran lagi. Jika dahulu sering kali jua nama Zafran meniti di bibir Erina. Tetapi kini seolah-olah nama Zafran telah lupus dari ingatan sahabat baik nya itu.

“ Kalau aku tanya kau jangan marah ya.”  Tutur Nadia berhati-hati.

“Tanya apanya Nad? Aku tak ada mood ni, jangan tanya pelik-pelik sudah la.”  ujar Erina acuh tak acuh sahaja.

“Dah lama kau tak sebut nama Zaf depan aku. Kenapa?”usai sahaja Nadia menghabiskan ayat nya dia melihat perubahan di wajah Erina.

“ Nad, sebenarnya sejak Zaf pindah aku langsung tak hubungi dia. No telefon dia pun aku tak tahu.” Erina meraup wajahnya.

“ Ha, kau biar betul, aku tengok kau orang bukan main rapat, at least no telefon rumah pun kau tak ada? soal Nadia bertubi-tubi.

Erina menggelengkan kepala, lantas mengesat air mata yang bergenang ditubir matanya.

“ Nad, aku rindu kan Zaf. Tadi pun aku teringat kan dia lah, tu pasai lah cek pi langgar kerusi tu’ ujar Erina lantas terus menuju ke bilik nya, tidak mahu Nadia mengesan riak wajahnya yang sugul.

‘ Erm aku janji pada diri aku untuk carikan Zafran dan aku juga akan kembalikan senyuman kau wahai Putri Erina Batrisya.’ gumam Nadia dalam hati.

‘ Ish! Dah lama aku tak jumpa Erina. Rindunya. Kalau aku masih kecil boleh la cuit hidung dia yang comel tu, pegang tangan dia. Tapi sekarang aku rasa segan lah pula.’ gumam Zafran sendirian sambil meraup wajah berkali-kali.

Zafran menatap potret Erina yang masih ada di dalam simpanannya.

“ Ya ALLAH, sungguh aku rindukan Erina. Moga aku dapat bertemu dengannya.” keluh Zafran lagi.

“ Zaf, kamu tak ada ke jumpa Rin? Ummi rindukan Rin,” ujar Puan Linda yang sedari tadi memerhatikan tingkah Zafran.

“ Zaf tengah usaha cari Erina la ni. Ummi doakan lah ye supaya Zaf dapat jumpa semula dengan Erina.” Balas Zafran seraya menundukkan wajah.

‘ Doakan agar Zaf jumpa semula cinta hati Zaf ya ummi.’ sambung Zafran lagi tapi cuma di dalam hati.

“ Kamu cari lah dia ya. Ummi dengan Abi dah lama tak jumpa Rin sekeluarga. Rindu sangat. Sejak kita pindah ni memang kita langsung tidak hubungi keluarga Cik Ton.” Lembut puan Linda menuturkan kata.

“ Zaf minta tolong dengan Qawwim carikan Erina, ummi jangan risau. Kita pasti jumpa dengan mereka semula ya.” Tutur Zafran tenang.

Puan Linda tersenyum mendengarkan kata Zafran. Di dalam hati dia bersyukur kerana Zafran tidak berputus asa untuk mencari Erina anak kepada sahabatnya Zaiton.

*******

Erina tersenyum melihat BOUTIQUE ZAFRIN. Akhirnya impiannya tercapai jua untuk memiliki butik sendiri. Kenapa nama butiknya Boutique Zafrin? Sengaja dia memilih nama itu sempena gabungan namanya dan juga Zafran, itulah salah satunya bukti bahawa dia masih mengingati sahabatnya itu.

“ Rin, tahniah ya. Akhirnya butik yang kau idamkan dah mendapat tempat di hati wanita yang amat menggilai fashion. Tapi..dalam banyak-banyak nama, kenapa kau pilih Zafrin?” soal Nadia sambil mengerutkan wajahnya.

“ Zafrin. Membawa maksud pada aku yang mungkin kau tak kan faham Nad. Aku letakkan nama Zafrin ni untuk memudahkan Zafran untuk mencari aku. Zafrin nama gabungan kami. Zaf yang pilihkan nama tu. Moga satu hari nanti kami dapat bertemu semula,” ujar Erina lirih.

Lantas Nadia memeluk tubuh Erina ingin memberi kekuatan. Selama dia mengenali Erina dia tidak pernah melihat wajah Erina yang sugul melainkan sewaktu mereka berbicara perihal Zafran.

“ Aku doakan agar korang jumpa semula. Jangan risau ALLAH ada. Dia sentiasa mendengar doa kau Rin,” tutur Nadia lembut.

“ Terima kasih Nad.” Erina tersenyum manis buat sahabat merangkap partnernya itu.

“ Kak, baju yang saya tempah haritu dah sampai ke?” soal gadis remaja yang memakai blouse krim, berseluar jeans dan bertudung sama rona dengan bajunya.

“ Oo, adik yang datang minggu lepas kan. Ada stok baru, Cuma patern lain sikit dari yang adik nak. Boleh ke?” soal Erina teragak-agak.

“ Oo, takpe. Saya tengok dulu ya. Kalau saya berkenan saya ambik lah,” ujar gadis remaja itu lagi.
Lantas segera Erina mengambil contoh baju yang diinginkan gadis itu. Dia sempat melihat senyuman yang terukir di bibir gadis itu.

“ Erm, not bad kan Risha?” tanya gadis itu pada sahabatnya.

“ Ok juga Ain, cantik. Ummi kau mesti suka kan? Warna pun lembut je.” Erina tersentak mendengar sebaris nama yang disebut oleh gadis dihadapannya itu.

‘ Ain? Tak mungkinlah Ain adik Zafran? Ah! Perasaan aku je kot.’ Getus hati Erina.

“ Ok la kak saya ambik baju ni, tapi akak tolong carikan tudung warna sedondon boleh?” soal gadis itu pada Erina.

Nadia menyiku Erina apabila melihat Erina diam tidak berkutik.

“ Ha.. err apa yang adik kata tadi?” soal Erina semula.

“ Akak tolong carikan tudung warna sedondon tuk Ain. Boleh kan akak..”

“ Rin, panggil akak Rin,” ujar Erina lantas tersenyum manis.

‘ Rin? Macam nama kawan abang Zaf je. Ish, tak boleh jadi ni. Aku harus interview.’ Detik hati kecil Ain.

“ Err.. kalau kak Rin tak kisah boleh Ain tahu nama penuh akak?” soal ain sambil mengangkat sebelah keningnya.
                                                Putri Erina Batrisya





“ Putri Erina Batrisya,” ujar Nadia bagi pihak Erina apabila melihat Erina bagaikan sedang mengelamun.

“ Cantiknya nama tu. Macam orangnya. Kak Erina tudung yang macam mana orang pakai sekarang ye?” Erina tersentak apabila tangannya disentuh lembut oleh Ain.

“ Ha? Err.. Maaf terberangan kejap. Ain cakap tadi dik? soal Erina sambil mengukir senyuman pada Ain.

“ Tudung yang macam mana jadi pilihan wanita sekarang ni ye?” soal Ain sambil tangan membelek tudung yang berada dihadapannya.

“ Oo, kami ada stok baru sampai. Sekarang ni tengah top dengan tudung yang warna tiga layer, tudung bawal showl dan pelbagai lagi. Jemput la tengok. Ain nak cari warna Purple ke?” Ain hanya mengganguk mendengar soalan yang terpacul dari bibir comel Erina.

“ Ha’ah, cari warna purple. Kalau ada nak yang terbaru ye.Kalau tak ada selendang pun tak apalah,” ujar Ain sopan.

“ Baiklah, kalau yang ini macam mana?” soal Erina seraya mengunjukkan sehelai tudung berwarna ungu bersulam bunga kecil.

“ Erm, yang ni macam simple sangat kak. Kalau yang colourful kau tak suka ke Ain? Sebab aku tengok yang ni cantik tau,” ujar Risha pula sambil menghulurkan tudung yang dipegangnya sedari tadi.

“ Ha’ah la Risha. Yang ni cantik. Ok la kak Rin saya ambik tudung dan juga baju ni ye,” Erina menyambut baju dan juga tudung yang dihulurkan oleh Ain, lalu terus dibawanya ke kaunter.

“ Ok semuanya harga Rm 109.80 sen, akk bagi rm 100.00 sajalah,” ujar Erina lalu menyambut dua keping not 50.

“ Terima kasih, datang lagi ye,” ujar Nadia dan Erina serentak.


Ain cuba mengingati wajah Erina sahabat abangnya sedari kecil, namun hampa. Sedikit pun otaknya  tidak dapat memproses seperti apa yang bermain di mindanya. Risha mengerutkan dahi melihat tingkah Ain.

‘ Penat aku membebel, rupanya tak dengar makcik ni. Ei, geram la.’ Gerutu Risha dalam hati.

“ Hoi, berangan.” Ain mengurut dada terkejut dek sergahan Risha.

“ Wei, kau ni. Agak-agaklah. Kalau ada sakit jantung dah lama aku jalan tau!” Marah Ain kepada sahabat merangkap sepupunya itu.

“ Yelah, aku minta maaf. Kau tu berangan. Penat aku bebel tau. Kau ingatkan siapa sampai berkerut dahi aku tengok,” ujar Risha.

“ Kau ingat tak, dulu abang Zaf pernah kawan dengan sorang perempuan ni. Nama dia Erina.” berkerut dahi Risha demi menantikan butir bicara Ain.

So? Kenapa?” soal Risha tanpa riak.

Ain menepuk dahi dengan sikap tidak endah Risha. Dia mengetap bibir geram dengan sikap sepupunyanya itu.

“ Kau ni kan. Tak care langsung. Geram la cakap dengan orang yang tak de perasaan macam kau ni.” Marah Ain pada Risha, namun Risha hanya mempamerkan wajah selambanya.

“ Kenapa? Erina yang mana?” soal Risha setelah lama berjeda.

Ain mengetap bibir. Tidak tahu bagaimana ingin diterangkan kepada Risha. Lantas tanpa menjawab soalan Risha terus sahaja ditekan punat untuk membuka kereta. Segera dia memboloskan tubuh ke dalam kereta. Sesudah dihidupkan enjin terus sahaja Ain memecut keretanya bersama fikiran yang sungguh menyesakkan mindanya.


~bersambung~
nota kaki :- n3 ni agak pendek sikit, coz weeda xtau lagi macam mana feedback readers right?
                   enjoys reading :)