BISIKAN CINTA UNTUKMU BAB 6

                                               [ cover by : ARYSSA NAJWA ]





“ Wei, tengok tu hantu rompong lalu la.” Tutur ‘Ali Setan’ lantas disambut ketawa rakan-rakannya.
Balqis menundukkan wajah menahan empangan air mata yang akan gugur bila-bila masa saja. Sungguh dia merasa sangat malu akan keadaan dirinya kini.
“ Hei, Ali kau jangan nak melampau. Aku report cikgu baru tahu.” Marah Sofia pada Ali dan rakan-rakannya.
“ Sofia, Manja kau orang tak payah la berkawan dengan budak busuk macam Balqis ni. Bukan je mulut bau longkang tapi rompong juga. Ha Ha..” Balas Jefri sahabat Ali setan.
Manja yang geram mendengar sindiran pedas Jefri itu mencapai batu lalu terus sahaja dibaling pada geng ‘Ali Setan’. Setelah itu cepat sahaja dia menarik tangan  sahabatnya agar cepat melarikan diri.
Balqis tercungap-cungap menarik nafasnya. Mujur lah geng Ali Setan tidak mengejar mereka lagi.
“ Qis, kau ok tak?” Serentak Manja dan Sofia bertanya.
“ Kau orang tinggalkan aku. Aku tak layak berkawan dengan kau orang.” Tutur Balqis perlahan lantas duduk di atas bangku yang disediakan.
“ Hei, kau cakap apa ni? Kita orang tak pernah pandang rendah pada kau. Kami kawan dengan kau sebab kau baik.” Tutur Manja lantas duduk bersebelahan dengan Balqis.
“ Ali Setan dengan geng dia tu dah melampau la. Kita cakap je dekat cikgu disiplin, kalau tak lagi naik tocang lah dia orang tu,” ujar Sofia geram dengan sikap Ali Setan dan rakan-rakannya itu.
“ Sofia, Manja kau orang tak malu ke kawan dengan aku? Dah la mulut busuk,lepas tu...” Belum sempat Balqis menghabiskan kata-katanya Manja telah memotong percakapannya itu.
“ Coi! Sudah lah. Aku tak mahu dengar kau cakap macam tu lagi ye. Sekarang ni jom kita balik. Nanti risau pula mama kita semua.” Sofia mengganguk kepala setuju mendengar kata-kata Manja.
Mereka berpisah saat Manja dan Sofia sudah hampir dengan rumah mereka. Mereka berpelukan sebelum berpisah.
“ Hati-hati Qis,” ujar Sofia kerisauan meninggalkan Balqis keseorangan.
Balqis tersenyum manis buat sahabatnya. Hakikat nya hatinya sendiri merasa tidak sedap, seperti akan berlaku perkara buruk padanya.
Sejurus Manja dan Sofia berlalu Balqis menghayun langkah laju. Sedikit pun tidak menoleh ke belakang. Jantungnya berdegup kencang seperti ingin pecah. Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah,seperti dipaku sedikit pun tidak mampu diangkat.
“ Hei, rompong.” Melopong mulut Balqis apabila mendengar suara milik kanak-kanak lelaki yang amat dibencinya, siap lagi kalau bukan Ali Setan?
“ A.. Apa yang kau nak dari aku?” Soal Balqis takut-takut.
“ Aku nak kau cermin lah diri kau tu. Bukan nya cantik pun. Dah la lembab, hodoh, gigi rompong pula tu. Benci aku tengok.” Hina Ali pada Balqis.
“ Itu bukannya masalah kau. Aku tak kacau kau pun. Kalau aku hodoh ke apa ke itu hidup aku. Rasanya yang kena cermin muka sekarang ni adalah kau. Kau sendiri ada kekurangan. Tak padan dengan ‘jongang’ ada hati nak ejek orang. Sekali kau benci aku beribu kali aku benci kau tau,” ujar Balqis berani lantas menghayun langkah ingin meninggalkan Ali.
“ Hoi sial! Kau ni memang betul-betul mulut longkang.” Tutur Ali sambil mengangkat tangan ingin menampar mulut comel Balqis.
Dengan drastiknya Zarina menekan brek, tubuhnya teranjak sedikit kesan dari brek mengejut. Matanya mencerlung memandang pergaduhan yang berlaku dihadapannya. Dengan segera dia keluar dari perut kereta lantas didekati kanak-kanak lingkungan 10 tahun itu.
 “ Hoi, kau buat apa tu?” Ali yang terkejut akibat disergah cepat-cepat mengatur langkah berlalu dari situ.
Balqis menarik nafas lega. Mujur baik nasib menyebelahinya.
“Adik tak apa-apa ke?” Soal Zarina prihatin.
“ Saya tak apa-apa kak.” Balas Balqis lantas tersenyum manis.
Melingas mata Zarina mencari orang dewasa yang mungkin merupakan ibu kanak-kanak comel itu.
“ Kakak cari apa?” Soal Balqis hairan.
“ Adik dengan siapa ni? Sorang ke?” Soalan dibalas soalan.
Balqis mengangguk kepalanya. Dia tersenyum melihat wajah Zarina yang comel itu.
“ Rumah adik dekat mana? Boleh kakak hantarkan. Bahaya adik jalan sorang ni, kalau kena culik macam mana?” soal Zarina bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“ Qis tinggal di Taman Desa Jaya. Tak apa lah kak, Qis tak mahu susahkan akak.,” ujar Balqis seraya menundukkan wajah.
“ Siapa nama adik?” Soal Zarina lagi.
Balqis tersenyum mendengar soalan dari bibir comel Zarina lantas segera dia menjawab.
“ Nama saya Balqis. Nama kakak siapa? Kakak ni comel lah.” Zarina tersipu malu mendengar pujian ikhlas dari Balqis.
“ Cantik nama Balqis, macam orangnya juga.” Puji Zarina membuatkan Balqis tersenyum senang.
Entah mengapa hati Zarina terasa dekat dengan kanak-kanak yang baru dikenalinya itu. Sungguh dia merasa tenang saat menatap wajah Balqis. Zarina menarik tangan Balqis agar membuntutinya.
“ Kak Rina hantarkan Qis balik ye. Kak Rina takut nanti Qis comel ni kena culik pula.” Seloroh Zarina seraya itu mencuit pipi comel Balqis.
“ Terima kasih kak bidadari.” Tutur Balqis kepada Zarina apabila sudah sampai di rumahnya. Balqis mempelawa Zarina masuk namun Zarina menolaknya lembut.
“ Tak mengapalah sayang, nanti sahaja kakak singgah ye.” Tutur Zarina lantas mencium mesra pipi Balqis.
Taman Jengka Mahkota
Sesampai sahaja Zarina ke rumah terus sahaja dia membersihkan diri serta mengambil wudhu. Segera dia menunaikan tanggungjawabnya pada Yang Maha Esa.
“ Ya Allah, ampunkan dosaku, dosa papa dan mamaku. Dan berikan secebis cahaya kebahagiaanMu untuk orang di sekililingku Ya Allah. Aamiin Ya Rabbal.” Usai Zarina menitipkan doa pada Yang Maha Esa dia melipat telekung dan segera dia turun ke dapur untuk membantu mamanya masak untuk makan malam.
“ Assalamualaikum mama. Nak masak apa ni? Paprik ke?” Soal Zarina lantas dia menyingsing lengan bajunya ingin menumis bahan-bahan untuk memasak paprika.
“ Sayang tolong tumiskan ya, mama dah siapkan bahan. Papa kamu mengidam pula nak makan paprik.” Seloroh Puan Zulaikha sambil tersenyum manis.
“ Amboi sedapnya mengata papa ya. Puan Zulaikha sayang, abang cuma cakap sayang tu dah lama tak masakkan paprik untuk kami dua beranak. Abang rindukan masakan sayang tau,” ujar Encik Yusuf lantas mengenyitkan pada Zarina.
Zarina mengekek ketawa mendengar suara menggoda papanya itu. Tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan Daniel. Puan Zulaikha dan Encik Yusuf menhayun langkah ke ruang tamu.
‘ Agak-agak boleh tak kalau aku dan Daniel mesra dan saling menyayangi macam papa dan mama ye. He he.” Desis Zarina tanpa sedar bahan yang ditumisnya telah pun hangit.
“ Ya Allah, Rina. Apa yang bau hangit ni?” Jerit Puan Zulaikha dari ruang tamu.
Zarina tersentak mendengar jeritan Puan Zulaikha. Tiba-tiba dia mencari dari mana datangnya bau hangit itu. Lantas dia tersengih melihat bahan tumisnya tadi telah hangit serta rentung, bertambah lebar senyumannya saat melihat mamanya mencekakkan pinggang sambil menggelengkan kepala.

“ Abang, mari sini tengok anak bertuah abang ni. Berangan sampai hangit plus rentung bahan tumis untuk masak paprik abang ni.” Puan Zulaikha memanggil suaminya itu ke ruang dapur.
Bergema seisi rumah saat ketawa mereka bersatu. Setelah ketawa mereka reda pantas mereka anak beranak membuat gotong royong untuk memasak bersama.
“ Hai la anak kesayangan papa ni, macam mana nak kahwin ni? Rina berangan kan Daniel ye?” Seloroh Encik Yusuf pada Zarina.
“ Abang tengok tu, muka macam pakai blusher je, malu-malu miow pula anak mama ni.” Giliran Puan Zulaikha pula menyakat anak kesayangannya itu.
“ Ala, malu tapi mahu la kata kan.” Encik Yusuf mencium ubun-ubun Zarina apabila melihat Zarina diam tidak berkutik.
“ Papa, mama boleh tak besok kalau Rina nak ke Balok?” Soal Zarina sengaja menukar topik.
 “ Nak pergi dengan siapa? Soalan berbalas dengan soalan pula.
“ Dengan Daniel la pa, Athirah, Syah jirannya Athi tu, Liza pun pergi juga.” Tutur Zarina manja lantas melentokkan kepalanya pada badan papanya.
“ Papa benarkan sayang. Tapi ingat jangan lakukan sesuatu yang mampu mengundang kemurkaan Allah ok? Dan lagi satu, ingat kalau kamu sayang macam mana sekalipun kamu harus ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan segala cara. Faham!” Tegas kedengaran nada suara Encik Yusuf.
Puan Zulaikha faham benar akan sikap suaminya itu. Kasih sayang suaminya terhadap Zarina memang tidak boleh dinafikan lagi, kasih sayang yang terlalu utuh buat anak gadisnya. Dia juga menyayangi Zarina dengan mudah, tanpa syarat walaupun Zarina bukan lah anak kandungnya.
“ Dah la papanya, makanan dah siap jom makan,” ujar Puan Zulaikha sambil tangan cekap menghidangkan lauk-pauk untuk menjadi santapan mereka.
*******
Usai mengemas meja makan Zarina segera ke biliknya, mahu mengemas kan pakaian untuk berkelah ke Balok pada keesokkan harinya.
Bip! Bip!
Zarina mencapai handfhone nya untuk melihat gerangan sipakah yang menghantar sistem pesanan ringkas (sms) kepadanya itu. Spontas bibirnya tersenyum melihat mesej dari Daniel, jejaka pujaan hatinya.
Syg jgn lupa esok ye. Ya Allah Daniel sungguh rasa macam tak sabar menanti esok.
Zarina tersenyum sambil jari lincah menekan keypad untuk membalas mesej tersebut.
Rina juga tidak sabar, Athi ok ke? Takut pula kalau nanti dia bersedih.
Daniel terharu akan sikap prihatin Zarina terhadap adiknya itu.
Ai, tanya Athi je? Abangnya tak mahu tanya ke?
Daniel dapat membayangkan wajah Zarina yang merona kemerahan saat malu diusiknya.
Tanya Athi je, tanya abangnya buat apa kan?
Seloroh Zarina, saat ini hatinya merasa getaran yang sungguh hebat.
Ye la, kita tak penting kan. Ok lah Daniel tido dulu. Assalamualaikum.
Zarina tersenyum simpul dengan gelagat manja Daniel.
“ Rina dah bawa semua keperluan Rina ke? Nak mama tolong?” Soal Puan Zulaikha.
“ Tak apalah ma, Rina dah besar. Tapi.. kalau mama nak tolong pun boleh. He he. “ Seloroh Zarina.
****
Setelah mereka sampai di  BALOK SEAVIEW RESORT & SUMMER CAMP terus sahaja mereka ke kaunter reception untuk mengambil kunci kerana Daniel telah booking bilik untuk awal lagi.
“ Ok bilik kite sebelah-menyebelah je. Lepas kita solat  dan rehat petang dalam pukul 5 kita berkumpul disini ok!” Daniel memberi arahan pada kaum hawa.
“ Ok.” Ringkas jawapan yang keluar dari ulas bibir Athirah.
“ Wah! Lega nya dapat baring-baring. Eh, Athi kau tak solat dulu ke?” Bebel Rosliza apabila melihat Athirah sudah pun melepek di atas katil.
“ Aku abc la. Rina jom tidur. Kau pun tengah bulan mengambang kan?” Soal Athirah pada Zarina.
“ Erm, siang-siang ni mana ada bulan, ada matahari je.” Seloroh Zarina disambut dengan ketawa kecil Rosliza.
“ Korang ni kan macam-macam hal. Apa pun tak boleh. Ok lah aku mandi dulu tau. Kalau ada sesiapa call aku tolong jawabkan ya.” Sempat Rosliza berpesan kepada dua rakan nya itu.
 Ringtone tercipta untukku kedengaran di telefon bimbit Zarina, lantas dia menekan punat hijau untuk menjawab panggilan Daniel.
“ Assalamualaikum.” Suara Zarina perlahan, tidak mahu menggangu tidur Athirah.
“ Waalaikumsalam sayang. Ni yang buat Daniel lemah ni dengar suara Rina yang seoalah membuai-buai ni, he he.” Seloroh Daniel.
“ Banyak lah awak. Athi tengah tidur tu. Penat sangat agaknya,” ujar Zarina tanpa sedar Rosliza mencuri dengar perbualannya itu.
Rosliza tekad untuk membuang segala perasaan nya terhadap Daniel, tidak mahu menggangu hubungan Daniel dan juga Zarina. Jelas kelihatan cahaya kegembiraan yang terukir di wajah Zarina membuatkan dia tumpang bahagia. Tak mengapalah mungkin ada orang yang lebih baik ditakdirkan untuknya bukan?
Tepat pukul 5 mereka berkumpul di tempat yang dijanjikan. Zarina kaget melihat Daniel mengangkut peralatan khemah.
“ Awak tak kata pula nak tidur dalam khemah,” ujar Zarina seraya mengerutkan dahinya.
“ Tak ada kejutan kalau semua benda kami nak beritahu kat korang.” Balas syah yang diam sedari tadi.
 “ Ok, nak kami tolong?” soal Rosliza pada Syah.
Syah hanya diam tidak berkutik, Dalam diam Syah memerhati tingkah laku Rosliza yang sedari tadi menarik perhatiannya itu.
“ Woi! Kau berangan apa? Liza tanya kau tak dengar ke?” Daniel menepuk lembut bahu  Syah apabila melihat Syah yang diam tidak berkutik.
“ Adui! Kau ni kacau betul la. Baru je aku nak berangan,” ujar Syah sambil melemparkan senyuman manis buat Rosliza.
Rosliza membalas senyuman Syah itu. Entah mengapa hatinya bergetar melihat senyuman yang terukir di bibir Syah. Pantas Rosliza memandang ke arah lain. Syah mencuit Athirah yang sibuk memerap ayam untuk membuat BBQ sebentar lagi , hajat di hati ingin bertanya tentang Rosliza kerana hatinya kian terpikat melihat seraut wajah Rosliza yang tampak tenang itu.
“ Kau kenapa cuit-cuit aku ni Syah? Nak penampor ke?” Seloroh Athirah saat melihat kerutan di dahi Syah.
“ Aku nak tanya tentang Liza. Aku rasa macam dah tangkap cintan la dengan dia,” ujar Syah terus terang.
“ Wei! Kau serius? Liza tu baik orangnya, cuma agak pendiam sikit. Kalau kau nak aku boleh tolong, tapi ada la upahnya. He he!” Athirah tersenyum memikirkan rancangan nya sendiri.
“ Athi kalau kau tolong ikhlas boleh tak?” Syah memerli Athirah yang kadang-kadang tidak menampakkan kematangannya.
“ Ala, kau ni gurau sikit pun tak boleh. Tak nak tolong baru tau ha.” ugut Athirah lantas dia ketawa melihat wajah cemberut  Syah.
“ Athi ada apa-apa lagi yang aku boleh tolong?” Soal Rosliza apabila kerjanya sudah selesai.
“ Ha, kau tolong aku perapkan ayam kejap. Aku nak pergi ladies la. Hu hu.” Pinta Athirah saat Rosliza menawarkan diri.
Athirah memberikan isyarat pada Syah. Sengaja Athirah mencipta alasan sebegitu ingin memberi ruang kepada Syah ingin mengenali Rosliza. Athirah berjalan di persisiran pantai, hatinya terusik melihat keluarga yang sedang bergembira. Tiba-tiba matanya tertancap pada sebatang tubuh yang sangat dikenalinya. Lantas dia menghampiri jejaka itu. Tanpa memberi salam terus sahaja dia menyergah jejaka itu, apa lagi melatahlah jejaka itu.
“ Oi, gila kau sergah-sergah aku buat apa, eh.” Pantas sahaja Nazril menutup mulutnya. Lantas dia ketawa melihat wajah cemberut Athirah.
‘ Itu lah siapa suruh sergah aku, kan dah kena. Ha ha..” omel Nazril dalam hati.
“ Awak buat apa kat sini?” Athirah menanyakan soalan tidak logik pada Nazril.
Nazril menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
“ Awak nampak saya buat apa? Ada nampak saya basuh baju kat sini ke?” Seloroh Nazril pantas dia dia mengelak saat Athirah ingin mengetuk kepalanya.
“ Mangkuk ayun bertingkat betul mamat ni.” Desis Athirah perlahan.
“ Awak kata apa tadi? Tak dengar la.” Nazril melihat Athirah seolah-olah melayan perasaannya sendiri.
“ Eh! Tak ada apa lah. Jom jalan-jalan dekat dengan air nak tak encik..”
“ Nazril, panggil Naz je.” Nazril menyimpulkan senyum mendengar bicara lembut Athirah, seakan membuai perasaannya yang kini semakin menyayangi Athirah.
“ Awak datang sorang ke? Mana isteri awak?” Soal Athirah berbasa-basi.
“ Saya sorang saja. Isteri? Erm sudah pun meninggal,” Athirah tergamam mendengar jawapan ikhlas Nazril.
“ Err.. maaf saya tak tahu.”
“ Tak mengapa, boleh saya tahu nama awak?” Nazril melemparkan senyuman manis lantas menampakkan susunan giginya yang cantik itu.
Athirah teringatkan sesuatu sebaik matanya menatap senyuman manis Nazril.
‘ Ya Allah, kenapa aku rasa arwah ayah ada dekat dengan aku? Senyuman ‘Naz latah’ ni sama macam arwah ayah.’ Getus hati Athirah.
Nazril mengawangkan tangannya namun melihatkan Athirah yang kaku tiada respon dia memetikkan jarinya ingin menyedarkan Athirah yang berkhayal dalam dunianya sendiri.
 Athirah tersentak melihat jemari Nazril yang hampir mengenai hidung comelnya itu.
“ Eh, maaf saya berangan pula. Nama saya Athirah.” Lembut kedengaran nada suara Athirah.
“ Err, Liza kalau Syah nak tanya sikit boleh?” Soal Syah takut-takut.
“ Tanya apa Syah?” Soalan Syah dibiarkan sepi tanpa jawapan.
“ Liza dah ada yang punya ke? Macam ni sebenarnya Syah dah lama nak luahkan tapi…” Belumpun sempat Syah menghabiskan ayatnya Rosliza sudah memotong kata.
“ Syah, sebenarnya tak mudah untuk kita sukakan seseorang kan? Maaf berikan saya waktu untuk fikirkan semua ini. Tapi tolong jangan terlalu berharap.” Merundum semangat Syah saat mendengar ayat terakhir Rosliza itu.
“ Liza, Syah maaf. Kita ada ahli tambahan hari ni,” ujar Athirah yang tiba-tiba muncul dari arah belakang.
Rosliza mengurut dada tanda terkejut mendengar suara Athirah yang tiba-tiba menyapa itu.
“ Kau ni la, kus semangat aku tau.” Bebel Rosliza sambil menjengilkan mata pada Atirah.
“ Mujur baik kau tak melatah. Hu hu.” Athirah menjeling sekilas pada Nazril ingin melihat wajah tampan itu.
“ Eh, ni bukan mamat yang latah hari tu ke?” Sebaik sahaja Rosliza menghabiskan katanya Athirah menghamburkan tawa. Nazril hanya mempamerkan wajah selamba.
“ Saya la tu. Irah awak kan sampai hati gelakkan saya.” Tutur Nazril pura-pura merajuk.
Sorry Naz. Irah tak sengaja. Kelakar tau. Liza mana dua merpati sejoli tu?” Soal Athirah apabila kelibat Daniel dan Athirah tidak kelihatan.
“ Mereka ke pantai.Nanti lepas Isyak kita bakar la ayam dan segala bagai ni,” ujar Syah perlahan.
Zarina sedang asyik berjalan di persisiran pantai. Tenang! Itulah yang dapar digambarkan setia kali dia menatap pantai seolah-olah segala masalh yang dihadapinya lenyap sebegitu sahaja. Daniel kelu lidah, tidak tahu bagaimana ingin diluahkan apa yang telah dirancangkan selama ini. Daniel tersenyum melihat ada seorang pakcik yang menjual aiskrim itu, pantas dia mendapat idea.
“ Err, Rina tunggu kejap ya.”
“ Awak nak kemana Daniel?” Soal Zarina namun Daniel sudah pun menghayun langkah laju meninggalkan Zarina.
Usai membeli aiskrim Daniel mengatur langkah menuju ke arah gadis kesayangannya.
“ Zarina binti Yusuf, sudikah awak menerima saya dalam hidup awak? Aiskrim ni tanda lamaran saya pada awak. Saya mahu awak menikmati hidup disamping saya sepertimana awak menikmati aiskrim ni. Please be my girl for the rest of my life. Sebenarnya sejak Daniel melihat Rina sewaktu majlis kesyukuran di rumah Daniel, sejak itu hati ini tidak tenang. Sehari tidak berjumpa boleh membuatkan diri ini sasau. Katalah apa sahaja Daniel tidak peduli. Apa yang penting sekarang Daniel menunggu sehingga Rina terima lamaran Daniel,” ujar Daniel penuh yakin lantas tersenyum simpul.   
“ Saya sudi Daniel, Tapi kita ada adat. Kalau dah sayang jumpa sahaja dengan mama dan papa Rina.” Daniel melonjak kegembiraan apabila Zarina melafazkan kata setuju pada lamarannya. Hilang sudah kegelisahan yang dirasainya.


Seiring dengan kata setuju Zarina mereka dihidangkan pula dengan pemandangan matahari terbenam. Zarina tersenyum bahagia. Sempat Daniel merakamkan wajah Zarina itu. Pantas Zarina mencubit mesra tangan Daniel.
“ Terima kasih sayang, Daniel janji akan menjaga Rina sebaik mungkin. Moga Allah merestui perhubungan kita.”
“ Insya-ALLAH Daniel. Terima kasih jua kerana sudi menyayangi Rina.”
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Usai Daniel mendendangkan lagu Wanita-Dehearty mereka berjalan seiringan menuju ke khemah. Sempat Daniel menyarungkan cincin bertatahkan berlian di jari manis Zarina.


               ~Bersambung~

p/s= maaf andai ada yang terkurang :)

        hope enjoy jgn lupe drop komen untuk nn perbaiki kelemahan diri :)

6 comments:

Afifah Yusof said...

Saya sudi Daniel!!!! Haha....
Kak weeda!! I'm melting lah... Uit, sempat Syah nak usha Liza ek... Hihi.
Best kak... Sambung lagi :)

Unknown said...

alhamdulilah,ni msa yg plg singkat akk tulis,meacih sukekan nye :)

Unknown said...

memang best lah novel yang awak buat ni..tak buat novel ke?

Unknown said...

nur aqilah insya ALLAA,seandainya ada rezeki bcu mmg sy ingin bukukan....kalau ada yg sudi baca lah :)



jemput baca karya sy yg lain :)

Unknown said...

best lah cerita ni. sweet je rasanya.. comel pulak rasanya watak2 tu :)

Unknown said...

@zarqa zafeerah tq dear...:)